Rusia telah menghalang akses kepada Instagram dan Facebook sejak berlaku kemelut bersama Ukraine. Hal ini sekaligus memberi tamparan hebat buat para pengguna di sana yang majoritinya lebih selesa menggunakan media sosial dari syarikat Meta untuk berhubung dengan pengguna global lain.

Kini negara Rusia telah menambah syarikat Meta iaitu syarikat induk Instagram dan Facebook ke dalam senarai organisasi ‘pengganas dan ekstremis’ berdasarkan laporan agensi Rosfinmonitoring. Meta dituduh bertolak ansur dengan ‘Russophobia’ semasa kempen ketenteraan Rusia di Ukraine.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Moscow Times

Pada Mac lalu, Meta mengumumkan bahawa platform mereka membenarkan kenyataan yang berbaur kebencian terhadap Rusia. Selepas itu, Kerajaan Rusia mengambil langkah drastik untuk menghalang akses kepada kedua-dua platform media sosial di bawah Meta.

Bagaimanapun, rakyat Rusia masih tetap mengakses Instagram dan Facebook menggunakan VPN. Instagram sangatlah popular di Rusia sebagai platform penting untuk pengiklanan dan juga jualan. Jadi, sebarang halangan akses bakal mengganggu aktiviti ekonomi buat penjual dan seumpamanya.

Dalam masa yang sama, rakyat Rusia yang didapati melanggan servis pengiklanan pada platform Facebook atau Instagram boleh dikenakan penjara sehingga 10 tahun di bawah tuduhan menyokong ekstremis.

Keputusan meletakkan Meta ke dalam senarai tersebut yang setaraf dengan kumpulan nasionalis sayap kanan, Taliban dan kumpulan pembangkang Rusia.