Pengarah Avengers, Russo Brothers akhirnya buka mulut tentang perbalahan antara Marvel Studios dan Sony Pictures untuk watak Spider-Man. Untuk rekod, Rosso Brothers adalah pengarah yang memperkenalkan Spider-Man dalam MCU iaitu menerusi ‘Captain America: Civil War’.

Bercakap pada Toronto Sun, Joe dan Anthony tidak terkejut jika Spider-Man keluar daripada MCU kerana mereka tahu betapa rumitnya rundingan untuk kedua-dua studio ini bersetuju bagi memberi kebenaran Spider-Man muncul di MCU.

“Ia sangat sukar untuk mendapatkan Spider-Man untuk Civil War dan satu proses yang panjang dan rumit. Tetapi, Kevin Feige bagaimanapun berjaya mendapatkan deal tersebut. Disney dan Sony berjaya mencari jalan untuk menjadikannya realiti dan bertahan untuk beberapa filem,” kata Anthony.

https://twitter.com/Russo_Brothers/status/1167092545563713538

“Ia satu langkah ke belakang (bagi Sony) apabila hal ini timbul dan pada pendapat saya, ianya satu ‘kesilapan tragik’ buat Sony jika mereka merasakan mereka boleh meniru cara kerja Kevin yang hebat sejak beberapa tahun ini. Saya rasa ianya satu kesilapan besar,” tambah Joe.

Bagaimanapun, CEO Sony Pictures, Tony Vinciquerra tidak bersetuju dengan kenyataan Joe. Bagi Tony, Spider-Man akan ‘baik-baik sahaja’ di bawak kendalian mereka. Tony memberi contoh ‘Spider-Man: Into The Spider-Verse’ yang boleh berjaya walaupun bukan di bawah kendalian Marvel Studios.

Disebabkan Spider-Man tidak lagi muncul di MCU, Sony akan merancang kemasukan Spider-Man untuk filem Venom pula. Namun, peminat nyata kecewa dengan keputusan tersebut dan mereka tidak sanggup lagi melihat kegagalan franchise Spider-Man selepas ‘Amazing Spider-Man 2’ lakonan Andrew Garfield tidak mendapat tempat di hati peminat Spider-Man.

Spider-Man adalah sangat penting bagi MCU. Kehadiran Spider-Man sudah dirancang oleh Marvel Studios sejak filem Iron Man yang pertama lagi. Tidak seperti DCEU yang tidak mempunyai pelan yang betul dalam merancang universe mereka.

Marvel Sudah Rancang Kehadiran Spider-Man Ke MCU Sejak Filem Iron Man Yang Pertama

Jared Leto ‘Dipecat’ Daripada Bawa Watak Joker Untuk Suicide Squad 2

Sumber