Pasti ramai sudah menonton filem Avengers: Endgame yang boleh dikatakan karya terbaik Marvel Studios saat ini. Malah, Russo Brothers mengesahkan bahawa filem Avengers: Endgame merupakan projek terakhir mereka bersama Marvel Studios.

Mereka menegaskan tiada projek dalam masa terdekat ini dan mungkin akan ada projek lain pada masa akan datang bersama Marvel Studios. Menurut Russo Brothers, mereka mempunyai kerjasama yang baik dan senang bekerja bersama Marvel Studios.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mereka berpendapat ianya sudah tiba masa untuk berehat sebentar daripada tekanan untuk menghasilkan karya Infinity War dan Endgame dalam masa 5 tahun ini. Mereka mahu cuba projek yang lain pula tetapi tidak menafikan akan muncul kembali untuk filem blockbuster Marvel yang akan datang.

Mereka turut mengulas tentang watak adiwira ‘gay’ yang boleh dikatakan melanggar norma masyarakat di seluruh dunia. Namun, menurut Russo Brothers, watak berkenaan bakal mempunyai kisah yang lebih hebat daripada apa yang berlaku dalam Endgame itu sendiri.

Watak mana yang akan diperkenalkan sebagai gay oleh Marvel Studios kelak? Russo turut berkongsi watak berkenaan sudah pun muncul dalam Endgame. Itu kita kena tunggu.

Baca lagi: ‘Avengers: Endgame’ Karya Teragung Marvel Studios