Pengarah Avengers: Endgame akhirnya buka mulut mengapa tiada babak end credit dalam Endgame, bercakap kepada pihak USA Today, Joe dan Anthony Russo berkata mereka memang tidak mahu ada babak end credit dalam Endgame.

“Perkara berkenaan memang tiada dalam rancangan kami. Ada sebab mengapa filem ini bertajuk Endgame. Inilah pengakhirannya. ‘Buku’ ini ditutup dengan bab terakhir Marvel Cinematic Universe (MCU), Endgame untuk Infinity Saga,” kata mereka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kami telah buat yang terbaik untuk fasa ini tetapi ianya bukan bermakna masa depan MCU akan berakhir di sini. Masa depan MCU bukan di atas bahu kami buat masa ini,” tambah Anthony.

End credit sudah menjadi trademark filem Marvel untuk 22 filem MCU sebelum ini. Tetapi Russo Brothers sengaja meletakkan bunyi seseorang sedang menempa besi, dan buat peminat setia MCU, bunyi berkenaan boleh dikaitkan dengan filem pertama Iron Man, ketika Tony Start menempa baju perisai pertama Iron Man di sebuah gurun.

Jadi, selepas anda menonton filem Endgame, tiba sudah masanya untuk anda kembali menonton filem pertama MCU iaitu Iron Man.

Sumber