Isnin lalu berakhirnya embargo untuk sebarang spoilers bagi filem Avengers: Endgame. Semalam juga, para pelakon Avengers mula berkongsikan gambar behind the scene yang mereka sempat rakam ketika penggambaran, termasuklah rupa baharu Thor dalam Endgame.

SiriusFM adalah antara radio di Amerika Syarikat yang dapat berbual panjang dengan pengarah Endgame, Anthony & Joe. Dalam temu bual ini, banyak perkara yang dibincangkan termasuklah adegan terakhir dalam Endgame. Ya, temu bual ini penuh dengan spoiler filem Endgame.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah satu perkara yang dibincangkan adalah ketika babak terakhir Endgame, babak pengebumian Tony Stark. Menurut mereka, hampir 90% pelakon yang berada dalam babak terakhir ini tidak mengetahui pun yang mereka sedang merakam babak untuk pengebumian Tony Stark.

Ia memerlukan persediaan yang rapi untuk merakam babak berkenaan kerana kesemua watak penting MCU perlu ada untuk rakaman tersebut. Russo mendedahkan ‘trick’ mereka untuk tidak memberitahu tentang babak sebenar yang sedang dirakam kepada semua pelakon yang hadir.

“Ia satu hari yang sukar untuk kami. Babak pengebumian ini adalah rahsia terbesar filem ini dan kami tidak mahu ramai mengetahui tentangnya. Dan kami perlu berhati-hati dengan rahsia ini,” kata Anthony.

Jadi apa yang mereka buat adalah mengatakan yang para pelakon perlu hadir untuk babak ‘perkahwinan’ dalam call sheet setiap pelakon. “Tiada siapa yang menyebut perihal pengebumian. Hanya perkahwinan,” kata Anthony lagi.

Joe pula menambah ianya perlu dilakukan kerana jika ramai yang tahu bahawa Iron Man akan mati dalam filem Endgame, maka lebih tinggi risiko pengakhiran Endgame ini akan tertiris ke dunia luar. Mereka juga tidak mahu para pelakon ‘terlepas cakap’ tentang rahsia berkenaan di mana-mana sidang media yang akan berlangsung.

https://twitter.com/shazlynkeani/status/1125490543142637568

Begitulah betapa rapinya kerja Russo Brothers. Mereka mahu setiap penonton MCU enjoy menonton filem Endgame tanpa mengetahui jalan ceritanya yang sebenar untuk pengalaman menonton yang lebih hebat.

Sebelum penonton kena trick dengan Russo Brothers, para pelakon sudah kena ‘game’ terlebih dahulu. The Infinity Saga akan diakhiri dengan filem Spider-Man: Far From Home 2 Julai 2019 nanti. Anda boleh menonton trailer terbarunya di sini.