Bagi anda yang belum move on lagi dengan lakonan Ryan Reynolds dalam ‘Deadpool 2’, anda mungkin boleh mula untuk melanggan servis Netflix kerana Michael Bay dan beberapa orang penulis filem ‘Deadpool 2’ bakal menampilkan sekali lagi Ryan Reynolds dalam filem terbaharu di Netflix, ‘Six Underground’.

Dikhabarkan filem aksi ini akan berkisar tentang seorang hartawan yang memalsukan kematiannya untuk menumpaskan watak jahat dan yang pastinya para penonton akan disajikan juga dengan babak yang mencuit hati.

Penggambaran dijadualkan bermula pada musim panas ini atau sekitar bulan Jun ke hadapan dan dijangka akan ditayangkan di Netflix tahun hadapan. ‘Six Underground’ pastinya akan dinanti-nantikan oleh seluruh peminat Ryan Reynolds lebih-lebih lagi dengan penglibatan kumpulan kreatif yang terlibat dengan pembikinan ‘Deadpool 2’.