Nampaknya Kanye West tidak boleh duduk senyap di Twitter dan kali ini, Ryan Reynolds pula menjadi mangsa beliau. Kanye menulis di laman Twitter bahawa beliau peminat kedua-dua filem Deadpool. Tetapi beliau menuduh Ryan ‘meniru’ konsep lagu yang dibuatnya sebelum ini.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Ryan Reynolds kemudiannya membalas dengan bersahaja dengan mengatakan beliau akan berbincang dengan Celine Dion tentang perkara berkenaan. Ryan secara senyap troll Kanye West kembali dengan mengatakan muzik beliau sama sahaja seperti Celine Dion.

Lagu-lagu dalam Deadpool sememangnya catchy tetapi untuk disamakan dengan muzik Kanye West agak berbeza sedikit. Mungkin Kanye West hanya mahu mencari publisiti murahan? Ryan menyamakan perangai Kanye West ini tidak ubah seperti seorang diva, sentiasa mahukan perhatian. Apa lagu kegemaran anda dalam Deadpool 2? Kalau kami, yang ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group