Apabila mendengar khabar angin mengatakan Pikachu boleh bercakap dalam filem live action terbaru Pokemon, peminat ramai yang ‘pelik’ dengan berita berkenaan.

Warner Bros baharu sahaja berkongsikan trailer rasmi pertama untuk Detective Pikachu dan Ryan Reynolds adalah pelakon yang akan menyumbang suara untuk Pikachu!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem ini akan berkisarkan seorang remaja berusia 21 tahun Tim yang mahu mencari ayahnya, detektif Harry Goodman yang hilang secara misteri. Beliau bertemu Detective Pikachu dan hanya beliau sahaja yang boleh berkomunikasi dengan Detective Pikachu ini. Mereka berdua bersama-sama menerokai Ryme City untuk mencari klue kehilangan detektif Harry Goodman.

Dari Deadpool ke Pikachu, apa sahaja watak yang tidak boleh dilakonkan Ryan Reynolds? Filem yang pasti akan hit tahun hadapan. Akan berada di pawagam 19 Mei 2019.