Walaupun masa depan filem X-Force masih samar-samar, Ryan Reynolds baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa filem Deadpool 3 sedang dalam perbincangan dan filem ketiga bakal berbeza dengan dua filem Deadpool sebelum ini.

Ryan membuat kenyataan itu ketika berada di China untuk mempromosikan filem Deadpool 2 versi PG-13, Once Upon A Deadpool. Walaupun filem ini sudah ditayangkan tahun lalu, baru Januari ini filem Deadpool 2 lepas untuk ditayangkan di pawagam negara China.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ryan Reynolds turut menunda pembedahan pada tangan kirinya berikutan kecederaan yang dialaminya ketika penggambaran untuk pergi ke China bagi mempromosikan filem Once Upon A Deadpool. Ini adalah kali pertama filem Deadpool melepasi lembaga penapisan filem di China dan Ryan tidak mahu mengecewakan peminat Deadpool di sana.

Deadpool baharu dilihat selari dengan prinsip Disney yang mahukan filem yang ada dibawahnya sesuai untuk tontonan semua peringkat umur. Jadi, Ryan Reynolds berharap beliau dapat mencari jalan supaya Deadpool masih dapat ‘beraksi’. Adakah anda akan terus menonton Deadpool versi yang lebih ‘beradap’ di masa akan datang?

Sumber