Sekiranya anda mempunyai anak kecil yang gemar menonton YouTube, keberangkalian channel YouTube ini menjadi pilihan anak anda adalah besar.

Berkonsepkan review mainan, budak lelaki yang lebih dikenali dengan nama Ryan ini akan menunjukkan cara bermain permainan yang baru sahaja beliau dapatkan. Nampak simple bukan? Telatah Ryan serta pemilihan mainan yang menarik disetiap episod antara yang membuatkan channel Ryan ToysReview tampil unik serta berjaya mengutip 10 juta pengikut sehingga kini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Latar belakang Ryan ToysReview

Mula diperkenalkan bermula Mac 2015 sejak Ryan berumur 4 tahun, channel ini berjaya menarik perhatian ibubapa dan juga kanak-kanak. Video pertama yang mula dihasilkan beliau adalah unbox Lego Duplo seperti yang dapat anda lihat diatas.

Bermula dengan Ryan ToysReview, channel ini telahpun berkembang sehingga mencapai 10 juta pengikut setakat artikel ditulis. Apa yang menarik perhatian kami adalah pasukan latar belakang Ryan ToysReview iaitu ibubapa Ryan sendiri.

Dalam usaha untuk memantapkan lagi konten kekeluargaan dan mainan mereka, mereka telahpun menghasilkan beberapa channel lain seperti Ryan’s Family Review, Gus the Gummy Gator dan Princess Toys Review.

Pendapatan Ryan ToysReview

ryan-toys-review

Berdasarkan laporan daripada BusinessInsider, Ryan ToysReview berjaya memperoleh pendapatan sebanyak $11 juta (~RM45 juta) sepanjang tahun 2017. Pendapatan yang diterima melalui channel ini berjaya menjadikan beliau YouTuber yang menerima pendapatan kelapan tertinggi YouTube.

Pendapatan yang lumayan diperoleh daripada YouTube ini juga berjaya membolehkan ibubapa berhenti kerja serta memberikan sepenuh masa kepada perkembangan channel anak mereka.

maxresdefault

Apa yang membuatkan perjalanan Ryan ToysReview lebih manis adalah setiap permainan yang diterima atau dibelanjakan akan diberikan kepada badan amal kanak-kanak.

Buat anda yang pertama kali atau belum pernah menonton Ryan ToysReview, jangan terkejut jika video dibawah sudah berjaya mengutip 1 bilion tontonan di YouTube. Tahniah Ryan! Anda sememangnya hebat dan genius begitu juga pasukan belakang tabir Ryan ToysReview.