Rumah adalah tempat anda untuk berlindung dan penuh dengan privasi bukan? Jadi, pernah tak anda bayangkan bagaimana jika rumah yang anda diami berdindingkan kaca? Anda mungkin fikir agak kurang selesa memandangkan cermin kaca telus cahaya ini membolehkan anda dilihat orang lain dari luar.

Inilah yang dikatakan keunikan senibina. Seorang arkitek di Jepun bernama Yuusuke Karasawa, memperkenalkan rekaan rumah berdindingkan kaca dan paling menarik adalah reka bentuknya yang sangat minimalis. Rumah putih berkeluasan 104 meter persegi ini memiliki tiang bersilang. Uniknya jika dilihat dari luar ia kelihatan seperti rumah empat tingkat, padahal yang sebenarnya hanyalah 2 tingkat sahaja. Kreatif!.

Idea reka bentuk rumah seperti ini diilhamkan dari konsep ‘Network Space’ yang mana digambarkan bagaimana teknologi telah mengubah kehidupan manusia. Oh! Mungkinkah ini konsep rumah masa hadapan? Nampak seperti tinggal di dalam akuarium yang besar.

Kalau anda masih fikir soal privasi, jangan risau! Bilik tidur dan tandas rumah ini terletak di bawah tanah, jadi ia memang sangat privasi. Bahagian atas hanyalah menempatkan ruang tamu dan dapur sahaja.

1

2

3

4

5

6

Pada abad ini, rekaan rumah berkonsepkan kaca seperti ini bukanlah sesuatu yang janggal dilihat. Sebelum ini kami pernah terbitkan rekaan rumah kaca di pergunungan Almaty, Kazakhstan. Memang ‘rare’.

BACA: Rumah Kaca Unik Di Pegunungan Almaty, Kazakhstan