Menjadi inspirasi kepada anak muda, siapa sangka langkah berani Mohammad Taqdir Sajin, 28 tahun untuk nekad berhenti kerja di salah satu institusi perbankan dan mula berniaga secara serius akhirnya membuahkan hasil.

Dengan membawa jenama Sabak Salai, perniagaan ini bukan hanya sebagai pembuka rezeki kepada keluarganya sahaja, bahkan penduduk setempat sekali.

Menurut Taqdir, beliau juga tidak menyangka idea menghasilkan produk salai menggunakan kaedah sabak iaitu rumah asap yang dibina dengan batu-bata seperti di luar negara bagi menghasilkan pizza ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan sehingga ada dikalangan pembeli menjadi peminat setia produk tersebut.

Anatara produk Sabak Salai adalah seperti ikan sembilang, burung puyuh, itik dan daging. Beliau berkata, pada awalnya dia hanya menetapkan tempoh masa selama enam bulan selepas meletakkan jawatan untuk bergelar usahawan sama ada berbaloi atau tidak.

“Idea sabak ini datangnya dari bapa saya yang suatu masa dahulu merantau ke negara orang semasa bertugas sebagai tentera laut.” katanya.

Facebook: Sabak Salai

Bermula dari 2 orang pekerja, kini produk daging salai bekenaan terus berkembang maju sehingga mencecah jualan sebanyak satu tan sebulan.

“Kini usaha kami nyata memberikan pulangan lumayan apabila bagi produk daging salai sahaja, permintaannya mampu mencecah satu tan setiap bulan dengan pulangan pendapatan mencecah RM50,000,” jelas beliau lagi.

Sumber