Sejak ditayangkan pada Januari yang lepas, ‘Pok Ya Cong Codei’ menjadi tular di media sosial dan buah mulut netizen. Sebutan nama Hotel Concorde dalam loghat Kelantan itu menjadi ikutan masyarakat sekaligus diguna pakai untuk mengaut keuntungan.

Oleh itu Pok Ya atau Sabri Yunus yang juga merupakan pelakon dan pengarah filem itu bersetuju untuk mendapatkan hak paten atau copyright atas nasihat peguam yang dikenalinya. Hak paten itu secara rasminya telah menjadi milik beliau sejak bulan lepas. Tindakan ini diambil untuk mengelakkan disalahguna oleh pihak yang tidak sepatutnya.

Menurut beliau sejak nama itu tular ramai pihak yang menawarkan beliau untuk menjadi duta produk termasuklah Richworld Travel & Tours. Beliau akhirnya bersetuju untuk bekerjasama dengan syarikat itu yang menyediakan pakej umrah dan ziarah disertakan dengan penginapan di Hotel Concorde Mekah dan Madinah.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤