Seawal usia belasan tahun dia sudah menjadi seorang gadis yang berani apabila melangkah masuk ke pejabat kampus Massachusetts Institute of Technology (MIT) agar single-engine kapal terbang yang dibinanya itu diluluskan MIT.

https://www.youtube.com/watch?v=EQi4YZvBY3s

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

8 tahun kemudian, dia yang kini berusia 22 tahun telah mencetuskan fenomena baru di kalangan para penyelidik. Gadis ini bernama Sabrina Gonzalez Pasterski, graduan MIT dan calon Ph.D Universiti Harvard dalam bidang fizik.

Sabrina Pasterski

Pasterski pernah muncul di dalam artikel Forbes tahun lepas, “30 Under 30: Young Scienctists Who Are Changing The World” yang mengetengahkan para bijak pandai di bawah usia 30 tahun.

Kebanyakan explorasi kajian Pasterski melibatkan cabaran besar dan isu kompleks di dalam fizik seperti black holes, sifat semulajadi graviti dan spacetime. Ia seperti yang pernah dilakukan oleh Stephen Hawking dan Albert Einstein pada awal kerjaya mereka dahulu.

Fokus Pasterski adalah mencuba memahami dengan lebih baik tentang “quantum gravity” di mana dia mencari penerangan berkaitan fenomena graviti dari sudut konteks mekanik kuantum. Penemuan di dalam bidang ini pastinya akan mengubah keseluruhan kefahaman kita tentang bagaimana alam ini berfungsi.

Peluang kerja juga telah menantinya apabila dia mendapat perhatian khusus daripada Jeff Bezos yang merupakan pengasas Amazon.com, pembangun aerospace dan pembuat Blue Origin.

sabrina-pasterski 2

Pasterski bukan seperti belia masa kini yang menjadikan media sosial sebahagian dari kehidupan. Dia tidak mempunyai akaun Facebook, LinkedIn atau Instagram dan juga tidak mempunyai telefon pintar. Tapi dia mempunyai laman web sendiri, PhysicsGirl.

Dia juga tidak pernah mempunyai kekasih, tidak minum minuman beralkohol dan tidak merokok.

Saya lebih suka sentiasa berjaga-jaga, dan mudah-mudahan saya dikenali dengan apa yang saya lakukan dan bukan dengan apa yang saya tidak lakukan.

Walaupun setiap tahun bilangan graduan fizik muncul di Amerika Syarikat, Pasterski tetap popular di kalangan profesor kerana kepandaiannya dan menerima beratus ribu dollar duit geran dari Hertz Foundation, Smith Foundation dan National Science Foundation.

Dia yang sentiasa tertarik dengan menyahut apa jua cabaran yang baginya mungkin boleh direalitikan dan fizik itu elegan tetapi banyak kegunaan menyatakan:

Years of pushing the bounds of what I could achieve led me to physics.

Pasterski juga tidak mempedulikan tentang data terbaru U.S Census Bureau: American Community Survey yang menunjukkan hanya 26 peratus graduan sains di Amerika mempunyai kerjaya di dalam bidang mereka. Ini kerana Pasterski menganggap fizik itu adalah satu perkara yang menyeronokkan. Ia bukan seperti satu pekerjaan pagi pergi kerja dan petang balik semula ke rumah.

Fizik itu sendiri menyeronokkan…Ia bukan seperti 9-to-5. Apabila awak penat awak tidur, dan apabila awak tidak mengantuk, awak buat fizik.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber