Anda ada masalah writter block, suka berswafoto atau seorang yang introvert? Jika ya, ini sabun istimewa untuk anda. Oleh kerana sabun aroma terapi untuk anti-stress sudah terlalu biasa, pengusaha sabun kreatif, Whiskey River Soap & Co mengeluarkan produk sabun yang lebih unik iaitu sabun aroma terapi khas untuk mereka yang mengalami masalah writter block, suka berswafoto, seorang yang introvert, malah untuk troll pengguna internet pun ada.

Agak sukar untuk memberi jawapan bagaimana aroma terapi ini berjaya memberi kesan kepada penggunanya. Mungkin betul atau mungkin ia juga hanyalah sekadar gimik pemasaran. yang pasti, idea kreatif mereka berjaya menjadikan produk sabun pelik ini mendapat perhatian dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya tertarik dengan cara syarikat ini menjana pendapatan dengan hanya menjual trend. Sinonim dengan gaya hidup masyarakat pada hari ini yang gemarkan perkara-perkara pelik, ini adalah contoh bagaimana mereka menjual produk seiring dengan trend. Tak hanya menjual idea pelik, Whiskey River & Co juga menitik beratkan tentang kosmetik produk baik dari segi rekabentuk, warna, bungkusan serta slogan yang unik. Di bawah ini adalah contoh produk sabun unik telah yang dihasilkan oleh Whiskey River & Co.

6

5

4

3

2

1

7

8

Bagaimana, menarik bukan? Saya pun terpengaruh dan rasa mahu beli satu. Ini adalah contoh yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan inspirasi. Masih ingat lagi saya, satu ketika dahulu di Malaysia sangat trend menjual sabun kopi. Hampir semua orang mahu menjual produk yang sama, dan ini apa yang boleh kita belajar dari Whiskey River & Co. Berfikir di luar kotak!

Nah, ini mungkin boleh dijadikan idea untuk bisnes baru anda nanti.

Sumber