JDT semalam berjaya merampas trofi Piala Malaysia selepas menundukkan juara tahun lalu, Kedah 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam semalam. Kemenangan tersebut memastikan trofi Piala Malaysia itu kini ke Johor.

Namun ianya sedikit ‘tercalar’ dengan video kapten JDT, Safiq Rahim ketika meraikan kemenangan mereka. Safiq mengeluarkan kata-kata yang tidak patut keluar daripada mulut seorang pemain profesional seperti beliau. Lebih-lebih lagi beliau yang memegang status kapten JDT dan skuad negara.

Mungkin beliau ada alasan tersendiri mengapa mengeluarkan kata-kata demikian. Mungkin terlalu gembira, koyak atau geram? Terus langkau ke saat 0:50 video di atas untuk lihat. Apa pun, tahniah JDT kerana menjuarai Piala Malaysia semalam.