Karen x. Cheng mula dikenali ramai selepas video timelapsenya belajar menari selama setahun menjadi viral di media social.

Terbaru, dia telah memuat naik satu video yang mencetus satu fenomena selfie terbaru yang diberi nama ‘donut selfie’.

dengan menggunakan kamera smartfonnya dan sedikit teknik asas mengedit video, dia telah menghasilkan satu video yang menarik.

Saksikan.

Mungkin anda boleh mencuba sendiri untuk menghasilkan ‘donut selfie’ ini selepas melihat video tutorial dari Karen x. Cheng sendiri

Di dalam video yang ke-3 ini pula, beliau mengajar cara-cara untuk mengedit video tersebut terus dari smartfon.

Selain dari itu, Karen juga telah membina laman web donutselfie.com untuk penonton melihat dan menghantar video-video ‘donut selfie’ mereka sendiri.

Sumber: PetaPixel

Like page The Vocket di Facebook.