Terjawab sudah persoalan orang ramai yang ingin mengetahui identiti sebenar seorang lelaki minggu lalu yang viral kerana suaranya yang lunak merdu. Tuan punya badana, Hazama sendiri di dalam video membuat pengakuan yang beliau membuat penyamaran ini kerana ingin membuat satu persembahan tanpa penonton mengenali siapa beliau sebenarnya.

Terbukti Hazama berjaya memikat hati orang ramai dengan suaranya. Padanlah dengan tajuk single terbaru beliau, Aku Yang Sebenar. Apa pun, steady Hazama. Selamba awak tapau lagu 4 Non Blondes dalam persembahan busking awak tempoh hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →