Sebuah penyiar rasmi China melaporkan pada Selasa lalu bahawa polis di bandar Hangzhou, tempat e-dagang Alibaba bertapak, telah menahan seorang lelaki bernama Ma.

Laporan ini telah menyebabkan pelabur menjadi takut dan menganggap yang ditahan tersebut adalah Jack Ma, pengasas Alibaba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas berita itu tersebar, harga saham Alibaba di Hong Kong susut 9.4% pada awal dagangan, menyebabkan kerugian kira-kira $26 bilion atau RM112 bilion daripada nilai pasarannya, lapor Bloomberg.

Global Times tampil meredakan keadaan selepas melaporkan bahawa lelaki tersebut bukanlah Jack Ma, tetapi lelaki yang mempunyai tiga identiti berbeza.

Lelaki itu juga difahamkan lahir pada 1985, menjadikannya dua dekad lebih muda daripada pengasas Alibaba.

Selepas laporan Global Times, ia meredakan ketakutan pelabur. Saham Alibaba meningkat dan menutup hari dagangan di Hong Kong hanya 0.83% lebih rendah.

Menurut Business Insider, perubahan mendadak dalam harga saham Alibaba menunjukkan ketakutan pelabur jika Beijing bertindak terhadap gergasi teknologi China.

Dalam beberapa tahun ini, China dilaporkan telah melancarkan siasatan terhadap syarikat teknologi, meningkatkan pengawasan keselamatan data dan mengehadkan penggunaan pengguna terhadap internet dan platform permainan.

Jack Ma sebelum ini telah menjadi sasaran kerajaan Komunis China selepas beliau mengkritik Beijing pada akhir 2020.

Jack Ma hilang selepas kritik Kerajaan Komunis China, cetus misteri antarbangsa. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Jack Ma ‘Hilang’ Selepas Kritik Kerajaan Komunis China, Cetus Misteri Media Antarabangsa

Sejak COVID-19 Melanda, Jack Ma Dilaporkan RM6.23 Trilion Lebih Kaya

Penjual Air Botol Jadi Individu Terkaya Di China, Bagaimana Dia Menewaskan Jack Ma?