Setelah hampir 11 bulan dihidangkan dengan ura-ura model terbaru, akhirnya Apple iPhone 8, 8 Plus dan X telah dilancarkan secara rasmi oleh Apple. Apple iPhone X berjaya menjadi model tercanggih ketika ini manakala dua lagi model telah menjadi model penambahbaikan daripada iPhone 7 dan 7 Plus.

Seperti yang anda boleh jangkakan, pelancaran Apple iPhone pada kali ini berjaya menarik perhatian orang ramai disebabkan kekuatan jenamanya. Pengeluaran model iPhone X yang dinobatkan sebagai ‘smartphone masa hadapan’ telah berjaya membuatkan orang ramai bercita-cita untuk mendapatkannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gettyimages-846148982

104707061-RTX3FYCV.1910×1000

Dalam pada itu, disebalik kemeriahan model terbaru Apple yang disambut baik, saham Apple nampaknya telah menunjukkan prestasi yang sebaliknya. Dikhabarkan saham Apple terus jatuh mendadak sebaik sahaja pengumuman iPhone sewaktu aturcara berlangsung. Walaubagaimanapun, syarikat ini masih lagi kekal sebagai antara syarikat paling bernilai di dunia.

Melihat kepada gaya promosi dan hype model terbaru Apple, kami yakin saham Apple akan kembali positif bilamana model ini mula ditawarkan buat orang ramai secara rasmi diikuti dengan iPhone X yang mula dijual pada 3 November 2017.

Sumber