Semalam mungkin merupakan antara detik paling gembira dan mengejutkan buat peminat Manchester United apabila ikon yang menempa nama di kelab tersebut iaitu Cristiano Ronaldo mengumumkan perpindahan ke Manchester United dengan yuran perpindahan sekitar £20 juta (RM115.49 juta) kepada Juventus.

Selain daripada kehadiran beliau yang membuatkan para peminat teruja, impak beliau yang baru sahaja diumumkan tanpa membuat kemunculan di atas padang nyata sudah membuatkan para pelabur saham kelab Manchester United gembira.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Menerusi laporan yang dikeluarkan Mirror Football, saham Manchester United dilihat melonjak sebanyak 9.8% sejurus selepas Cristiano Ronaldo diumumkan membuatkan saham kelab ini meningkat sekitar £212 juta (RM1.22 bilion).

0_JS243453979

Mengulas dari segi impak di media sosial, pengumuman Cristiano Ronaldo ke Manchester United berjaya meraih 331,400 retweet dalam tempoh 10 minit sahaja berbanding perpindahan Lionel Messi ke Paris Saint Germain yang menerima 257,500 retweet.

Bukan itu sahaja, laman web Manchester United juga dilaporkan mengalami masalah selepas menerima jumlah pengguna yang tinggi memasuki laman tersebut.

Khidmat dan kehebatan beliau sebagai pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali pastinya ditagih kelab dan peminat dalam usaha untuk menamatkan kemarau trofi liga sejak Sir Alex Ferguson meninggalkan kelab tersebut.

Pastinya agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Cristiano Ronaldo dapat membuktikan kemampuan beliau di atas padang pada usia 36 tahun dengan di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjær.

Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal menjadi pemain di Liga Perdana Inggeris dengan penerimaan gaji tertinggi mengalahkan bintang-bintang yang lain. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah.

Ronaldo Terima £480K Seminggu, Tertinggi Di EPL

TERKINI: Man City Tarik Diri, Man United Sediakan Kontrak Untuk Ronaldo

Anda Mungkin Suka