Menyebut tentang Star Wars, kami yakin anda yang bukan peminat filem ini juga tahu betapa ramainya peminat filem ini. Mengisahkan tentang angkasa, light saber serta karakternya yang ikonik antara yang membuatkan filem berjaya mengumpul sejumlah besar peminat fanatik.

Terbaru, Disney nampaknya telah mengumumkan sebuah lagi pelan terbaru khusus buat peminat Star Wars dengan pengumuman siri Star Wars yang bakal dilancarkan 2019 ini. Siri ini juga dikatakan akan lebih rancak dengan kehadiran direktor terkenal, Jon Favreu yang juga merupakan direktor kepada filem Iron Man dan The Jungle Book.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

screen-shot-2018-03-08-at-103247-am

Apa yang membuatkan saham Netflix jatuh sebanyak 1.9% pada minggu ini adalah pengumuman Disney untuk melancarkan aplikasi penstriman tersendiri. Penawaran siri Star Wars ini juga merupakan langkah terbaik yang dibuat Disney dalam usaha untuk mengumpul para pelanggan.

Berdasarkan jumlah budget yang besar, Disney berharap untuk memecah monopoli Netflix di dalam industri penstriman TV.

Jon Fabreau, direktor yang bakal mengarahkan siri Star Wars

Setakat ini, Disney masih belum mengumumkan senarai negara yang bakal ditawarkan perkhidmatan ini. Dalam pada itu, melihat kepada hype siri Star Wars yang bakal dilancarkan, kemungkinan besar bakal menawarkan perkhidmatan mereka dengan lebih cepat dalam usaha untuk mengumpul lebih ramai pengguna.

Agak-agak anda storyline apakah yang bakal dibawakan sempena siri Star Wars pada kali ini?