Menyebut mengenai jenama Victoria’s Secret kami yakin ramai yang cukup mengenalinya. Penawaran pakaian dalam serta seleksi minyak wangi yang pelbagai antara yang membuatkan jenama ini menjadi pilihan ramai.

Walaubagaimanapun, segala yang dirancang Victoria’s Secret untuk melonjakkan jualan nampaknya gagal sejak tiga tahun terakhir ini. Malah, saham Victoria’s Secret telahpun jatuh sebanyak 72% dalam jangka masa tiga tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Punca kejatuhan saham Victoria’s Secret

ny-1542215015-izfhcm6y0u-snap-image
CEO Victoria’s Secret, Jan Singer yang bakal meletak jawatan

Sekali pandang mungkin agak mustahil bagaimana jenama yang sudahpun kukuh dan masih releven untuk didapatkan pengguna mengalami penurunan jualan.

Difahamkan semuanya bermula apabila pengarah urusan Spanx yang merupakan anak syarikat Victoria Secret memilih untuk undur diri. Lebih parah, pengundurannya dibuat beberapa minggu sebelum pentas fesyen Victoria Secret yang sudah menjadi tradisi jenama ini.

Selain itu, jenama ini turut menegaskan mereka tidak akan mempromosikan transseksual yang sekaligus mendapat kecaman ramai berikutan pendirian yang dibuat.

Langkah pemulihan yang gagal

atlas_rkTMGUua7

Kami yakin anda pasti perasan dengan promosi diskaun tinggi yang kerap Victoria Secret lakukan bukan? Promosi ini mungkin mendapat tempat di Malaysia sehinggakan pintu masuk cawangan Victoria’s Secret rosak namun tidak di negara lain.

Disebalik promosi yang dilakukan jumlah pakaian dalam yang terjual masih lagi rendah berbanding beberapa tahun sebelum ini. Rancangan fesyen Victoria’s Secret yang sebelum ini berjaya menarik perhatian ramai kini tidak lagi rancak seperti dulu. Dikatakan tiada pembaharuan dari segi fesyen mahupun rancangan tersebut antara yang menjadi punca.

victoria_secret_rm29
Sumber: OhMyChannel

Beserta pengunduran model popular Victoria’s Secret, nampaknya jenama ini perlu bangkit semula dengan muka yang baru untuk terus kekal di dalam industri.

Setakat ini CEO Victoria’s Secret, Jan Singer bakal mengundur diri daripada jawatannya berikutan penurunan nilai saham yang mendadak. Masih menjadi tanda tanya individu manakah yang bakal dipilih untuk memulih semula penjualan syarikat ini.

Sumber