Untuk permulaan, kami mahu anda klik Play video Youtube di bawah ini dan pejam mata dengar lirik lagu Taylor Swift bertajuk Blank Space ini.

Sudahkah anda dengar? Ada tak anda perasan perkataan “Starbucks lovers” atau “All the lonely Starbucks lovers” di dalam lagu tersebut?

Jika ya, teruskan pembacaan ini ;)

Menurut Taylor Swift di akaun Tumblrnya dia menyanyikan lagu itu mengikut lirik yang dibuat tanpa mengubahnya. Sebenarnya tiada perkataan atau ayat yang kami nyatakan diatas itu wujud di dalam lirik lagu Blank Space oleh Taylor Swift ini. Lirik sebenar ialah:

Got a long list of ex lovers
They’ll tell you I’m insane

Maka, apa yang menyebabkan majoriti orang yang mendengarnya termasuk kami sebagai “Starbucks lovers” atau “All the lonely Starbucks lovers” berbanding “a long list of ex lovers”?

Sebuah artikel penyelidikan yang diterbitkan pada 8 Januari 2014 bertajuk Mondegreens and Soramimi as a Method to Induce Misperceptions of Speech Content – Influence of Familiarity, Wittiness, and Language Competence telah ditulis oleh penyelidik Universiti Tubingen German yang terdiri daripada Claudia Beck, Bernd Kardatzki, dan Thomas Ethofer mempunyai jawapan kepada fenomena ini.

Jangkaan dan pengetahuan yang kita ada pada sebelumnya sangat kuat mempengaruhi persepsi kita. Artikel penyelidikan tersebut mencadangkan satu kaedah baru dalam persepsi pertuturan melalui Mondgreens dan Soramimi yang mewakili lirik lagu yang berpotensi untuk salah tanggapan dalam satu atau dua bahasa. Mondgreens ialah satu fenomena mengubah persepsi ke atas mesej yang diperdengarkan seperti salah dengar lirik lagu. Soramimi ialah salah dengar dalam bahasa Jepun.

Kita akan mendengar dan mengaitkannya dengan jangkaan, pengetahuan kita yang dibentuk dari pengalaman yang biasa kita alami. Fenomena ini dikaitkan juga dengan sejauh mana mereka alami sesuatu peristiwa dan juga sebanyak mana perbendaharaan kata yang mereka ketahui. Itu semua adalah sebagai sumber tafsiran yang berpotensi. Penemuan ini menunjukkan bahawa fenomena perceptional itu mungkin mempunyai kaitan dengan pengalaman yang menyenangkan dalam menyelesaikan kekaburan yang selari dengan teori yang telah lama sedia ada Hermann von Helmholtz bahawa persepsi dan menyelesaikan masalah merekrut proses yang sama.

Ini menunjukkan majoriti lebih senang menerima tentang penggemar Starbucks atau penggemar Starbucks yang kesepian berbanding menyenaraikan bekas teman lelaki masing-masing. Ahaks!

Sumber: Journals Plos Org

LIKE Facebook THE VOCKET untuk ikuti lebih banyak artikel menarik. Anda juga boleh menghantar kisah menarik anda dengan KLIK SINI.