Wabak coronavirus telah menyebabkan situasi menjadi sedikit kucar-kacir diseluruh dunia. Dengan beberapa media antarabangsa merekodkan bahawa sekurang-kurangnya vaksin pertama akan dikeluarkan bulan hadapan.

Namun di sebalik situasi ini, terdapat permintaan pelik daripada para saintis apabila mereka dilaporkan sedang mencari sukarelawan yang bersedia untuk dijangkiti wabak coronavirus. Tujuan mereka hanya satu, untuk mencari penawar bagi melawan wabak yang telah merebak hampir ke seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Mirror, sukarelawan ini akan dibayar sebanyak £3,500 (RM 19,231) jika mereka bersetuju untuk dijadikan bahan uji kaji selama dua minggu di London.

24 sukarelawan diperlukan bagi dua jenis coronavirus – OC43 dan 229E – yang mempunyai sifat sama seperti Covid-19. Jenis ini akan menunjukkan kesan serupa seperti yang ditunjukkan oleh Covid-19.

Selepas itu para sukarelawan ini akan dijadikan bahan uji kaji dalam usaha para saintis untuk membangunkan penawar bagi Covid-19. Di makmal nanti, sukarelawan dilarang untuk berhubung dengan dunia luar dan dilarang untuk bersenam. Manakala diet mereka juga akan dikawal.

Untuk membunuh rasa bosan, sukarelawan akan disediakan dengan permainan video dan televisyen untuk mereka luangkan masa.

Pakar menyatakan bahawa ini adalah antara salah satu usaha mereka untuk mencari penawar bagi Covid-19 yang telah menyerang lebih 100,000 orang. Manakala jumlah kematian juga terus meningkat dengan lebih 3,500 orang di seluruh dunia.

Di Malaysia, kemungkinan pesakit coronavirus akan melebihi 100 orang hari ini dengan 23 orang dilaporkan sembuh daripada wabak yang lahir dari Wuhan, China ini.

Baca cerita lain mengenai coronavirus, klik pautan di bawah untuk membaca.

Iran Kucar-Kacir, 23 Ahli Parlimen Diuji Positif Wabak Coronavirus

Saintis Dapati Wabak Coronavirus Telah Bermutasi Menjadi Lebih Agresif

Perayaan Songkran Di Beberapa Wilayah Thailand Dibatalkan Kerana Coronavirus

 

Sumber