Apabila kes jangkitan COVID-19 di China meningkat disebabkan penyebaran varian Delta di Wuhan. Pakar penyakit berjangkit China, Zhang Wenhong meminta semua orang bersiap untuk ‘hidup’ dengan COVID-19 pada waktu yang lama atau selama-lamanya.

Selama lebih dari satu tahun, China sudah mencuba pelbagai cara untuk menutup negara mereka daripada terkesan dengan penyebaran wabak COVID-19. Walaupun terdapat langkah yang ketat, China tidak terkecuali menerima impak daripada varian Delta yang merebak lebih pantas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menulis di laman media sosial China, Weibo, Wenhong mengatakan bahawa tidak mungkin vaksin yang sedia ada dapat membasmi COVID-19 secara menyeluruh dan penularan mungkin tetap akan berlaku setelah semua orang diberi vaksin – jangkitan berlaku pada kadar yang lebih rendah dan masih mampu mengurangkan kematian.

“Apa yang kita lalui bukanlah yang paling sukar. Yang lebih sukar adalah mencari kebijaksanaan untuk hidup bersama virus dalam jangka panjang,” tulis Wenhong sambil merujuk ahli epidemiologi AS Anthony Fauci. Bagaimanapun, kenyataan beliau tidak disukai oleh banyak pihak dan dia dikritik hebat.

Sebahagian besar rakyat China nampaknya tidak mahu menerima kenyataan dan menuduhnya terpengaruh dengan propaganda barat, terutama Amerika Syarikat (AS). Wenhong juga digelar sebagai ‘pengkhianat negara’ yang berpegang kepada pemahaman barat, selain disyaki bersekongkol dengan negara-negara asing untuk mensabotaj usaha China memerangi COVID-19. Wenhong juga dikritik oleh beberapa ahli politik China.

Kritikan ini adalah gambaran besar bahawa China sebenarnya sedang menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mampu untuk menjadikan negara mereka ‘zero COVID-19’.

Terdahulu, seorang guru ditahan oleh pihak berkuasa selama 15 hari setelah dia mengulas panjang, dengan menyatakan bahawa negara China mesti ‘menerima dan bekerjasama dengan COVID-19’. Sementara itu, Wenhong, yang telah berdiam diri selama tiga minggu sejak dikritik atas kenyataan itu, menyiarkan status Weibo yang memberitahu bahawa dia dalam keadaan baik.

“Saya dalam keadaan baik dan saya akan terus berjuang untuk membuat kita memahami COVID-19 dengan baik, untuk menghalangnya dengan berkesan. Namun, tidak semua pendekatan dapat berjalan, kita perlu melihat apa yang diperlukan untuk berjaya, dengan melihat kenyataannya,” katanya.

Lukisan kartun ‘bendera Coronavirus’ cetuskan kemarahan China. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lukisan Kartun ‘Bendera Coronavirus’ Cetuskan Kemarahan China

Saintis Dari China Dakwa COVID-19 Sebenarnya Bukan Berasal Dari Wuhan, Tetapi Dari India

China Bergelut, Lapor Dilanda Wabak Terbaharu Selsema Burung H5N1

Sumber