Saintis dilaporkan sedang mencuba satu potensi penawar bagi wabak coronavirus yang menyerang dunia. Mereka sedang giat mencari sukarelawan yang sihat dan tidak dijangkiti wabak ini.

Peserta yang bersetuju akan dibayar sebanyak $ 1,100 (RM4,000). Mereka akan menghadiri 11 sesi dalam tempoh 14 bulan. Namun laporan ini tidak menyebut adakah bayaran itu untuk satu sesi atau bersifat keseluruhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Projek ini adalah berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Kaiser Permanente Washington di Seattle. Mereka memerlukan 45 sukarelawan yang sihat dengan syarat umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih daripada 55 tahun.

Sukarelawan ini akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan masing-masing akan menerima jumlah dos yang berbeza. Bagi kriteria penuh boleh layari laman web Clinical Trials.

Sejak hari ini wabak yang berasal daripada China telah menyerang seluruh dunia kecuali antartika. Lebih daripada 100,000 orang telah dijangkiti di seluruh dunia dengan angka kematian semakin hampir menghampiri 4,000 orang.

Walaupun kajian ini akan berlansung selama 14 bulan bagi mendapatkan keputusan yang tepat. Para saintis sebenarnya menjangkakan masa yang lebih lama untuk mencipta penawar bagi wabak ini. Mereka perlu memastikan penawar ini selamat dan berfungsi dengan baik kepada badan manusia.

Untuk bacaan lanjut mengenai coronavirus, klik pautan di bawah.

Perayaan Songkran Di Beberapa Wilayah Thailand Dibatalkan Kerana Coronavirus

Saintis Cari ‘Volunteer’, Upah RM19,000 Jika Sanggup Dijangkiti Coronavirus

Saintis Jangka Gelombang Kedua Coronavirus 10 Kali Ganda Lebih Kuat Di Luar China