Saintis dari Pusat Penyelidikan Ilmiah dan Industri India (CSIR) baru-baru ini menerbitkan satu kajian yang menjelaskan bagaimana rakyat di negara India selamat dari wabak COVID-19.

Para saintis menjelaskan bahawa kehidupan rakyat India yang sudah terbiasa hidup dengan tidak menjaga kebersihan adalah antara sebab mengapa kadar kematian COVID-19 di sana antara yang terendah di dunia.

Seperti yang kita tahu, negara ini sangat kotor dan kekurangan air bersih. Pencemaran udara di India juga berada dalam situasi yang membimbangkan dan telah membunuh rata-rata 1.2 juta orang di sana setiap tahun.

Walaupun India berada di tempat kedua bagi jumlah kes COVID-19. Namun, negara ini hanya melaporkan 10% kematian global. Angka kematian bahkan kurang dari dua peratus, menjadikannya negara India antara yang terendah di dunia.

Ada yang mempersoalkan bahawa angka kematian yang rendah mungkin disebabkan perkhidmatan kesihatan yang tidak mencukupi di India dan disebabkan itu mereka gagal mencatatkan jumlah kematian akibat wabak COVID-19 dengan tepat.

Para saintis menjelaskan bahawa penyakit parasit dan bakteria sering terjadi di “negara berpendapatan rendah dan sederhana”. Manakala mereka yang tinggal di negara ini mempunyai risiko terkena penyakit berjangkit yang lebih tinggi, sehingga “memberi kekebalan” kepada COVID-19.

“Terdapat hipotesis bahawa semakin tinggi risiko anda terkena patogen sejak kecil, semakin besar imuniti anda terhadap penyakit berjangkit,” pengarah umum CSIR Shekhar Mande memberitahu The Print.

“Kualiti kebersihan yang buruk boleh menyebabkan percambahan patogen. Walau bagaimanapun, ini sebenarnya melatih tubuh seseorang untuk lebih kebal terhadap penyakit baru. Tanpa “latihan imun”, sistem kekebalan tubuh akan bertindak balas secara berlebihan dan boleh membawa maut.”

Terdahulu, seorang lelaki telah mencipta pelitup muka yang diperbuat daripada emas. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Elak COVID-19, Lelaki Di India Ini Memakai Penutup Muka Diperbuat Daripada Emas

Malaysia Halang Kemasukan Warganegara India, Indonesia Dan Filipina

Kenali PABJE, ‘Game’ Alternatif Untuk Pemain Tegar PUBG Di India

Sumber