Lebih lapan bulan kita diserang oleh COVID-19, sejak itu, pelbagai jenis maklumat mengenai wabak yang membunuh berjuta orang di seluruh dunia direkodkan. Salah satunya adalah jenis darah yang bertahan terhadap kesan wabak COVID-19.

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Blood Advances, mereka yang mempunyai darah O cenderung untuk tidak dijangkiti COVID-19. Walaupun dijangkiti, pesakit jarang mengalami gejala yang teruk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, saintis akui bahawa mereka memerlukan lebih banyak ujian klinikal bagi mengukuhkan lagi hujah mereka.

Kumpulan saintis yang berasal dari Denmark telah melakukan ujian kepada 7,422 pesakit yang dilaporkan positif COVID-19. Dari jumlah pesakit, kurang dari 30 peratus mempunyai darah O. Manakala mereka yang mempunyai darah A dan AB adalah paling banyak dijangkiti wabak ini.

Kajian berbeza tetapi kesimpulan yang sama turut berlaku di Kanada. Menurut pasukan penyelidik, daripada 95 peratus pesakit yang mereka kaji, kebanyakan mereka yang berdarah O sembuh setelah 9 hari dimasukkan ke ICU.

Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai golongan darah A atau AB, purata tempoh rawatan adalah 13 hari di ICU. Pesakit dengan golongan darah O juga mencatat rekod sebagai kumpulan yang paling sedikit memakai ventilator atau mengalami kegagalan organ.

“Kami akan terus memantau jenis darah dengan gejala COVID-19 yang timbul, sehingga kesimpulan yang diambil akan lebih pasti,” kata Mypinder Sekhon, seorang doktor dan anggota pasukan penyelidik dari Vancouver General Hospital ketika diwawancara oleh CNN.

Sekhon turut mengingatkan bahawa kesimpulan ini bersifat sementara dan mungkin akan berubah-ubah. Jadi adalah penting agar mereka yang datang dari kumpulan berdarah O untuk tidak merasa terlalu yakin bahawa mereka akan selamat.

Untuk rekod, laporan mengenai jenis darah dengan gejala COVID-19 telah dilaporkan sebelum ini di China. Pasukan penyelidik di Beijing menyatakan bahawa ada kemungkinan orang dengan golongan darah A memiliki risiko yang lebih besar untuk dijangkiti COVID-19. Bagaimanapun, penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Mac 2020 tidak menjalani peer review, jadi kajian itu tidak diendahkan oleh komuniti saintifik.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pakar Jangka Kes Harian COVID-19 Di Selangor Perlukan 4-6 Minggu Untuk Turun

The Curve Jadi Pusat Beli-Belah Terbaru Catat Kes Positif COVID-19

Berdepan Kerugian Disebabkan COVID-19, MBO Cinemas Bakal Tutup Operasi?