Saintis dari Britain mendedahkan bahawa mereka telah menemui filem paling menakutkan sepanjang zaman. Pilihan mereka ditentukan dengan objektif sebanyak mungkin melalui penyelidikan.

Anda mungkin sedang berteka teki ketika ini, filem apakah yang dimaksudkan oleh para ‘saintis’ ini? Boleh jadi filem Exorcist? Pontianak Harum Sundal Malam? Conjuring? Atau adakah La Casa Dalle Finestre Che Ridono? Filem ini mungkin menakutkan, tetapi mereka tidak dapat mengalahkan filem pilihan saintis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut para saintis, filem paling seram sepanjang zaman adalah Sinister – yang mengisahkan tentang Ellison Oswalt (Ethan Hawke) yang berpindah ke sebuah rumah lama bersama keluarganya. Kehadiran mereka telah mengganggu ‘penjaga rumah’ berambut panjang bernama “Bughul”.

 

3161663

Menariknya, filem ini, yang didakwa sangat menakutkan, mendapat ulasan yang bercampur sewaktu tayangan perdana. Ada yang mengatakan bahawa Sinister dipersembahkan dengan baik, manakala sebahagian pula menganggap filem ini biasa sahaja. Namun, ada juga dari penonton yang menyatakan bahawa filem ini dibikin dengan teruk.

Persoalannya kini, apa yang menyebabkan para saintis membuat kesimpulan bahawa Sinister adalah filem paling seram sepanjang zaman?

Terdahulu, institut ilmiah broadbandchoices telah meminta 50 peserta menonton filem seram lebih dari 100 jam. Sepanjang kaji selidik tersebut, denyutan nadi peserta diambil. Hasil di akhir kajian menunjukkan degupan jantung penonton meningkat secara mendadak ketika mereka menonton filem Sinister. Denyutan jantung mereka meningkat dari rata-rata 65 hingga 86 BPM.

AAAABR5Oqua9pUYcV_ptWY27t1K99I5HBL7Y35vE5cimKXGuoGhBcCl_WTJwXRSv8q1968YeuTIxKrBa17fCGh-s90Guwui3

Tidak cukup dengan itu, para saintis juga menamakan filem Insidious sebagai filem dengan jump scare terbaik. Hasil kajian menunjukkan rata-rata degupan jantung peserta melonjak naik ke 133 BPM. Filem menakutkan yang lain adalah The Conjuring, Hereditary, Paranormal Activity, It Follows, The Conjuring 2, The Babadook, The Descent, dan The Visit.

Untuk rekod, definisi para saintis mengenai ayat “menyeramkan” terlalu terhad kepada jump scare, bunyi seram dan kadar degupan jantung. Namun hakikatnya, adalah lebih baik para saintis ini memikirkan cara terbaik untuk menghasilkan vaksin COVID-19 daripada memikirkan filem mana yang paling seram. Mungkin kerja itu layak dilakukan oleh pakar filem sahaja.

Sudahkah anda menonton filem Sadako? Bagi yang belum, jemput tonton trailer filem seram dari Jepun. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tonton Trailer Rasmi Filem Seram Jepun ‘Sadako’

Tonton Trailer Rasmi Filem Seram Thailand ‘Pee Nak’

‘Us’ Filem Seram Hebat Yang Perlu Anda Tonton Tahun Hadapan

Sumber