Para saintis menemui sebuah planet bernama K2-141b. Apa yang uniknya mengenai planet ini adalah ia dikatakan salah satu planet paling ekstrem yang pernah ditemui di pinggir sistem suria.

Exoplanet K2-141b disebut ekstrem kerana memiliki lautan yang dipenuhi lava cair, hujan batu, dan angin supersonik. Lautan lava ini dikatakan memiliki kedalaman 100 kilometer dan mempunyai angin 5,000 kilometer sejam.

“Kajian ini adalah yang pertama membuat ramalan mengenai keadaan cuaca di K2-141b yang dapat dikesan beratus-ratus tahun cahaya dengan teleskop generasi akan datang seperti Teleskop Angkasa James Webb,” kata pelajar PhD Universiti York Giang Nguyen.

Penemuan ini diterbitkan dalam Royal Astronomical Society. Nguyen selaku pengarang utama mengatakan K2-141b mempunyai kitaran air seperti di Bumi.

Di Bumi, kitaran air berlaku dengan hujan. Perkara serupa berlaku dengan natrium, silikon monoksida, dan silikon dioksida di K2-141b. Ini bermaksud perkara sama juga terjadi di sana namun apa yang membezakan adalah hujannya turun dalan bentuk batu.

Walaupun ia kelihatan luar biasa, namun melalui penyelidikan yang lebih mendalam, mereka menyatakan bahawa Bumi mungkin telah melalui proses yang serupa.

“Semua planet berbatu, termasuk Bumi, dimulakan sebagai dunia cair, tetapi kemudian menyejuk dan mengeras dengan cepat. Planet lava memberi kita gambaran yang jarang berlaku pada tahap evolusi planet ini,” kata Profesor Nicolas Cowan, yang bertanggungjawab mengetuai penyelidikan ini.

Selain daripada lautan dan hujan berbatu, penulis juga mendapati bahawa kira-kira dua pertiga planet ini hanya mempunyai waktu siang yang berterusan.

Ini berlaku kerana planet ini sangat dekat dengan bintangnya. Ini menjadikan planet ini terkunci secara graviti. Di satu sisi planet, ia terdedah dengan cahaya, sementara di sisi lain pula hanya terdedah dengan kegelapan.

Manakala bahagian yang terdedah dengan cahaya merekodkan suhu setinggi 3,000 darjah Celsius, yang mampu mencairkan batu. Sementara itu, di bahagian gelap pula merekodkan suhu yang sangat sejuk. Para saintis meramalkan bahawa di bahagian gelap sahaja, suhu sejuk berada di bawah -200 darjah Celsius.

Dilaporkan dari Sci-News, para saintis akan menguji ramalan mereka mengenai cuaca liar planet ini dengan menggunakan lebih banyak data dari Spitzer Space Telescope.

Dilaporkan dari Travel and Leisure, teleskop akan memberikan maklumat yang lebih tepat mengenai suhu planet.

Terdahulu, NASA dilaporkan menjumpai sebuah asteroid gergasi yang bernilai lebih daripada bilion ringgit. Klik pautan di bawah untuk membaca.

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

Tahun Hadapan, Kerajaan Indonesia Mahu Fokus Cari Makhluk Asing Dan Planet Mirip Bumi

Dengarkan Bunyi Di Planet Marikh Yang Dirakamkan Buat Pertama Kali