Coronavirus telah bermutasi kepada dua jenis, jenis pertama jauh lebih agresif, kata saintis pada penemuan terbaharu yang boleh menghalang kerja-kerja untuk membuat vaksin.

Penyelidik di Pusat Sains Kehidupan Universiti Peking dan Institut Pasteur dari Shanghai, mendapati virus itu telah berkembang menjadi dua keturunan – yang digelar jenis ‘L’ dan ‘S’.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Yang lebih tua jenis ‘S’ kelihatan lebih ringan dan kurang merebak, manakala jenis ‘L’ tersebar dengan cepat dan kini menyumbang sekitar 70 peratus kes, lapor Fortune.

Wabak jenis L diuji dengan kebanyakkannya ditemui di sekitar Wuhan – tempat di mana wabak ini bermula – tetapi para saintis mencatatkan bahawa kekerapan jangkitan bagi jenis L telah menurun sejak langkah-langkah pencegahan bermula awal tahun ini.

Mereka juga memberi amaran bahawa data yang mereka ada adalah ‘sangat terhad’ dan kajian lanjut yang lebih mendalam diperlukan bagi memahami evolusi COVID-19.

“Jenis L lebih lazim di peringkat awal wabak di Wuhan, kekerapan jenis L menurun selepas awal Januari 2020,” kata mereka. “Campur tangan manusia mungkin akan meletakkan lebih banyak tekanan kepada jenis L, yang mungkin akan jadi lebih agresif dan tersebar dengan lebih cepat.”

Penyelidik menyatakan bahawa dua jenis yang berbeza ini akan menyerang dengan lebih banyak pada masa akan datang. Mereka menggesa komuniti saintis untuk bersatu bagi memerangi wabak tersebut.

“Penemuan ini amat menyokong keperluan untuk kajian segera, yang menggabungkan data genomik, data epidemiologi dan rekod simptom pesakit dengan penyakit coronavirus,” kata mereka.

Dr Stephen Griffin, Profesor Madya di Universiti Leeds, berkata “sukar untuk mengesahkan kajian seperti ini tanpa perbandingan secara langsung”.

Beliau menambah, “apa yang dikatakan [penulis] adalah bahawa selepas SARS-CoV2 menyerang manusia, wabak tersebut kemudian berkembang menjadi wabak yang lain.”

Profesor Virologi Jonathan Ball juga memberi amaran bahawa evolusi wabak ini boleh menjejaskan pengeluaran vaksin. Namun beliau meminta kajian yang lebih terperinci dilakukan.

“Pada masa ini, kami tidak mempunyai bukti yang kuat bahawa virus itu mempunyai evolusi, jadi kami perlu berhati-hati apabila menafsirkan kajian berasaskan komputer seperti ini,” katanya.

Berikut adalah cerita lain mengenai coronavirus, klik pautan di bawah untuk membaca.

Bagaimana Dua Kes Coronavirus Cetus Situasi Panik Kepada 273.52 Juta Rakyat Indonesia?

Jururawat Mahu Teman Lelaki Sebagai Ganjaran Jika Coronavirus Berjaya Dihapuskan

Anda Mungkin Suka