Sejumlah penyelidik dari China mendakwa bahawa asal-usul wabak COVID-19 sebenarnya bukanlah dari Wuhan, China, tetapi ia berasal dari India.

Dalam satu penerbitan jurnal ilmiah, mereka mendakwa bahawa mempunyai teori baru yang menyatakan bahawa SARS-CoV-2 memang berasal dari India.

Kertas kajian ini telah ditinjau oleh para ahli (peer reviewed) dan diterbitkan dalam jurnal Molecular Phylogenetics and Evolution dan ditulis oleh Shen Libing, dari Ilmu Biologi, Institut Shanghai.

Terdahulu, menurut sebuah kertas kajian berjudul The Early Cryptic Transmission and Evolution of Sars-CoV-2 in Human Hosts mendakwa bahawa virus corona sudah ada di India dan Bangladesh. Walau bagaimanapun, kajian itu belum dilakukan peer reviewed oleh pakar di China, lapor Deccan Herald.

Dakwaan saintis

Penulis mendakwa bahawa berdasarkan sejarah evolusi wabak di China, wabak yang dibawa oleh kelawar tidak mempunyai kaitan dengan wabak yang dibawa oleh manusia.

Atas dasar tersebut, Shen mendakwa bahawa pandemik COVID-19 tidak dapat dikesan pada peringkat awal.

Penulis kemudiannya menggunakan kaedah baru, di mana mereka menghitungkan jumlah mutasi pada setiap jenis wabak. Strain dengan lebih banyak mutasi telah wujud lebih lama, manakala mutasi yang sedikit didakwa lebih dekat dengan asal usul SARS-CoV-2.

“Para ahli mendapati bahawa beberapa strain mempunyai mutasi yang lebih sedikit daripada yang pertama kali dikumpulkan di Wuhan. Itu bererti Wuhan tidak boleh menjadi tempat pertama di mana penularan SARS-CoV-2 dari manusia ke manusia [berlaku],” kata Shen kepada South China Morning Post.

Seterusnya, Shen menyatakan bahawa strain yang paling sedikit bermutasi dijumpai di lapan negara dari empat benua iaitu Australia, Bangladesh, Greece, Amerika Syarikat, Rusia, Itali, India dan Republik Czech.

Penulis mendakwa coronavirus tidak dapat ditularkan kepada manusia dari semua tempat ini pada masa yang sama.

Bagi penulis, kawasan pertama yang merekodkan penularan wabak coronavirus seharusnya mempunyai kepelbagaian genetik yang paling besar, yang menunjukkan bahawa wabak itu sudah berada lebih lama di sana.

Shen kemudiannya mendakwa bahawa tidak ada wilayah atau kawasan yang mempunyai kepelbagaian virus yang lebih besar berbanding India dan Bangladesh.

“Maklumat geografi mengenai strain yang paling tidak bermutasi dan kepelbagaian strain menunjukkan bahawa India adalah tempat penularan SARS-CoV-2 manusia-ke-manusia paling awal,” tegas Shen.

Penulis kemudiannya menyalahkan cuaca yang mungkin menjadi pencetus kepada wabak COVID-19 di India, lapor BC Focus.

Dakwaan ini berdasarkan kejadian pada bulan Mei 2019, di mana India dilanda cuaca panas yang melampau. Cuaca panas yang memaksa haiwan dan manusia mengambil air minum dari tempat yang sama.

“Ini meningkatkan kemungkinan wabak menular ke manusia,” kata Shen.

Teorinya dipersoal

Namun, dakwaan Shen ini telah dipersoal oleh beberapa ahli. Mereka mendakwa bahawa prinsip penyelidikan dan perisian yang digunakan tidak memenuhi tahap yang diharapkan untuk analisis filogenetik jenis ini.

“Memilih urutan virus yang nampaknya mempunyai sedikit perbezaan dari yang lain dalam kumpulan rawak tidak mungkin menghasilkan ‘keturunan’ virus,” kata Marc Suchard, profesor di Jabatan Biostatistik dan Genetik Manusia di University of California, Los Angeles.

Penemuan Shen juga dibantah oleh Mukesh Thakur, seorang ahli virologi kerajaan India yang juga aktif dalam Kajian Zoologi India. Thakur menegaskan bahawa hujah yang dikemukakan oleh penyelidik China tidak kuat.

Untuk rekod, media yang dikendalikan oleh kerajaan China pernah mendakwa bahawa sejumlah produk makanan yang diimport dari pelbagai negara termasuk India mempunyai kesan wabak COVID-19.

Ketika ditanya oleh media asing adakah dakwaan itu sebagai kenyataan rasmi kerajaan China, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian menyatakan bahawa walaupun China adalah negara pertama yang melaporkan wabak tersebut, tetapi tidak semestinya China adalah tempat lahirnya wabak COVID-19, lapor First Post.

Terdahulu, seorang pakai virologi dari China mendedahkan bahawa COVID-19 berasal dari makmal di Wuhan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pakar Virologi Dari China Dedahkan COVID-19 Berasal Dari Makmal Di Wuhan

Lelaki Di Indonesia Positif COVID-19 Selepas Disuntik Dengan Vaksin ‘Made In China’

Warga China Rai Bebas COVID-19 Dengan Membuka Semula Pasar Basah Haiwan Eksotik