Penguncian dalam tempoh yang singkat tidak akan menghentikan COVID-19 dan amalan penjarakkan sosial mungkin perlu diteruskan hingga tahun 2022, kata saintis dari Harvard.

Kajian itu dibuat ketika Amerika Syarikat mengalami situasi jangkitan yang memuncak dengan lebih 600,000 kes dicatatkan di sana, lapor Berita Harian.

Realme-7-Pro-Sun-Kissed-SpecIal-Edition
HYPE
Serba Lengkap, Unik Dengan Vegan Micrograin Leather, Ini 5 Sebab realme 7 Pro Special Edition Berbaloi Untuk Dimiliki
Baca lagi →

Penulis kajian, Stephen Kissler berkata mereka menjangkakan bahawa COVID-19 akan menjadi satu wabak bermusim, dengan kadar jangkitan akan naik sewaktu musim sejuk.

Simulasi komputer pasukan Harvard, yang diterbitkan dalam jurnal sains menunjukkan penjarakkan sosial amat diperlukan bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

“Kami mendapati amalan penjarakan sosial ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja, ia tidak mencukupi untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 dalam keadaan kapasiti bagi penjagaan kesihatan di AS amat terbatas,” katanya.

“Apa yang amat perlu dilakukan ketika ini dalam keadaan tidak ada jenis rawatan lain adalah terus melanjutkan tempoh penjarakan sosial,” katanya.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Anda Mungkin ‘Bebas’ Melancong Seperti Biasa Mulai 2023 Selepas COVID-19

70 Vaksin Wabak COVID-19 Telah Dibangunkan, 3 Sudah Diuji pada Manusia

Alunan Lagu The Beatles Iringi Pesakit COVID-19 Di Hospital

Anda Mungkin Suka