Saintis di Imperial College London dan Oxford University kini sedang giat mencari sukarelawan yang sanggup dijangkiti dengan wabak COVID-19 varian Delta, lapor Wall Street Journal. Kajian khas yang dilakukan di makmal ini akan dimulakan dengan para peserta dijangkiti dengan varian Delta dengan sengaja dengan tujuan untuk mengenal lebih mendalam proses mutasi varian tersebut.

Selain itu, ia juga dilakukan untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai cara mengembangkan vaksin dan kaedah rawatan COVID-19 terbaru dengan kerjasama syarikat hVivo. Kajian ini memerlukan 40 orang peserta muda yang sihat tubuh badan dan mereka yang terpilih bakal menerima wang sebanyak £ 4,5000 atau sekitar RM25,000.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Proses pengkulturan varian Delta lebih sukar daripada varian COVID-19 yang asli kerana mutasi yang mengubah struktur protein dan kultur virus.Tetapi penyelidik kami telah melipatgandakan jumlah yang cukup untuk memulakan kajian pada peringkat awal,” kata ahli virologi dan Ketua Saintis Andrew Catchpole hVivo.

Pakar Jangkitan Virus Pernafasan, Dr. Garth Rapeport mengatakan bahawa prosesnya tidak sama dengan pengeluaran vaksin kerana melibatkan kajian yang lebih rumit. Di dalam proses ini nanti, para saintis perlu mencari jalan agar virus yang disebarkan tidak bermutasi dan tidak menghasilkan varian baru dalam jangka waktu tertentu.

Untuk tujuan kajian, para penyelidik mendorong individu berusia antara 18 hingga 30 tahun yang berisiko paling rendah dijangkiti COVID-19 untuk menjadi sukarelawan. Peserta hanya diterima jika mereka tidak mempunyai sejarah atau gejala Covid-19, mempunyai tahap kesihatan terbaik, berat badan ideal dan tidak merokok.

Sekiranya anda adalah peminat kopi, saintis mungkin mempunyai berita baik untuk anda. Satu kajian ilmiah telah dijalankan dan hasilnya menunjukkan bahawa dengan minum secawan kopi setiap hari dapat mengurangkan risiko anda dijangkiti COVID-19. Klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Adakah Kopi Mampu Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19? Ini Penjelasan Saintis

Kisah Penggali Kubur Mangsa COVID-19, Kerja 15 Jam Sehari Dengan Upah Sebanyak RM1,200

430 Hari Tanpa Kes Baharu, Rahsia Brunei Menang Melawan COVID-19