Virus yang berasal dari Wuhan, China dan lebih dikenali sebagai Coronovirus telah menjangkiti lebih daripada 800 orang di sana dan telah merebak ke sepuluh negara yang lain, termasuk Malaysia.

Saintis telah memberi amaran pada tahun 2017 lagi bahawa sesuatu perkara buruk akan terjadi jika terdapat kebocoran di makmal yang dibina bagi mengkaji beberapa patogen berbahaya di dunia.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Mail Online melaporkan bahawa China telah membina satu makmal bagi membuat beberapa kajian pada 2017 dan merancang untuk membina lima ke tujuh makmal lagi. Tujuan makmal ini dibina adalah untuk mengkaji virus lain termasuk Ebola dan SARS.

Tim Trevan, seorang perunding biokeselamatan Maryland, memberitahu Nature bahawa beliau risau dengan budaya China yang tidak bersifat terbuka akan memberi kesan buruk kepada makmal tersebut dengan merujuk bahawa ‘institusi ini tidak selamat untuk merasa bebas’.

23795084-7922379-image-a-8_1579817036564

Daily Mail

Difahamkan bahawa kerisauan beliau mempunyai asas apabila dilaporkan virus SARS telah berjaya ‘melarikan diri’ beberapa kali dari makmal di Beijing, menurut Nature.

Dalam masa yang sama makmal Biokeselamatan Kebangsaan Wuhan rupanya terletak kira-kira 20 batu dari Huanan Seafood Market.

Pasar basah ini pernah dilaporkan The Vocket sebagai punca utama kepada penyebaran virus ini. Budaya masyarakat China yang suka memakan semua benda telah dipercayai menjadi akibat kepada virus ini menular. Para saintis percaya bahawa virus tersebut telah disebarkan melalui haiwan kepada manusia sebelum merebak kepada manusia dan manusia.

Tetapi, ‘pada masa ini tidak ada sebab untuk menyatakan syak wasangka’ bahawa makmal itu mempunyai kaitan dengan wabak tersebut, lapor ahli mikrobiologi Universiti Rutgers Dr Richard Ebright kepada Mail Online.

Manakala Dr. Guyan Yi, Pengarah Makmal Utama Penyakit Berjangkit di Universiti Hong Kong menyatakan kebimbangan bahawa situasi di Wuhan sudah ‘tidak terkawal’ dan berpotensi menjadi 10 kali lebih buruk daripada sebelum ini.

“Saya telah mengalami begitu banyak ketakutan. Kebanyakan virus dikawal, tetapi kali ini saya takut. ”

guan-yi

Dr Guan Yi

Dr. Guan Yi dan pasukannya adalah antara saintis pertama yang berjaya menjejak virus SARS beberapa tahun yang lalu dan telah menggesa kerajaan China untuk menutup semua pasar yang menjual daging haiwan eksotik.

Walau bagaimanapun, disebabkan kelemahan dalam undang-undang penjualan produk hidupan liar, sesetengah pasar masih menjual produk yang dilarang kepada orang ramai.

Semasa temu bual dengan Caixin, salah satu cawangan berita terbesar di China, Guan menyatakan ketakutan beliau bahawa mangsa yang dijangkiti dengan virus ini mungkin akan meningkat.

Wuhan telah ditutup oleh kerajaan China. Mereka telah menyekat sebarang aktiviti keluar dan masuk. Klik pautan di bawah jika anda mahu melihat bagaimana rumah kepada 11 juta penduduk menjadi ‘ghost town’.

Wuhan Bertukar ‘Ghost Town’ Kerana Wabak Coronavirus

China Kuarantin Wuhan, Pasar Basah Jual Produk Eksotik Didakwa Punca Tular Virus

3 Cara Lindungi Diri Daripada Wabak Coronavirus Anda Wajib Tahu

Anda Mungkin Suka