Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Para saintis dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT) memberi amaran perubahan iklim mendorong lautan ke ambang kehancuran. Dengan situasi ini, saintis menganggarkan bahawa 99.9 peratus daripada semua kehidupan di bumi berpotensi musnah. Memetik laporan Futurism, kebimbangan para saintis bahawa nasib kehidupan di bumi akan menjadi seperti zaman dinosaur, di mana kepupusan hidupan di bumi sebelum ini disebabkan kesan asteroid gergasi. Bagaimanapun para pakar melihat kepupusan besar-besaran akan berlaku pada masa akan datang disebabkan oleh kesilapan manusia sendiri.

Menurut ahli geofizik MIT Daniel Rothman dan kajiannya yang diterbitkan dalam jurnal Science Advances, aktiviti manusia berpotensi untuk mengganggu kitaran karbon global dan mencetuskan malapetaka ekologi selama 10,000 tahun. Beliau turut memberi ramalan, di mana akan berlaku kehancuran Bumi pada akhir abad ini. Kajian itu juga memfokuskan perubahan dalam kitaran karbon sepanjang 540 juta tahun yang lalu, termasuk lima kepupusan besar-besaran yang pernah terjadi.

Berdasarkan kajiannya, Profesor Rothman mendakwa Bumi mungkin berada dalam tempoh ‘gelap’ pada tahun 2100. “Ini menyebabkan malapetaka seluruh planet yang boleh bertahan sehingga 10,000 tahun,” katanya. ¬†Para¬†saintis MIT bimbang tentang jumlah karbon yang terkandung dalam lautan akibat daripada pelepasan gas rumah hijau buatan manusia. Terlalu banyak karbon di lautan menjadikan air terlalu berasid dan berpotensi tidak mesra kepada banyak spesies.

Menurut Profesor Rothman, sekurang-kurangnya empat daripada lima kepupusan besar-besaran yang lalu telah dikaitkan dengan peningkatan kadar perubahan dalam kitaran karbon. Kini, manusia melepaskan terlalu banyak karbon ke atmosfera sehingga peristiwa geologi yang pernah berlaku dulu akan kembali dalam tempoh yang singkat.

“Apa yang kita lihat hari ini adalah sangat serius; namun, saya tidak tahu berapa banyak masa yang diperlukan untuk membawa kita ke titik kritis yang akan mewujudkan malapetaka global untuk ekosistem global,” katanya.¬†Masalah utama hari ini, menurut pakar, adalah mengawal manusia daripada terus mencemarkan alam sekitar dan mencari jalan untuk mengurangkan tahap karbon dioksida di atmosfera.

Pernahkan anda tertanya-tanya, jika Bumi dijual, berapakah harganya? Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Jika Bumi Dijual, Berapakah Harganya?

Bulan Makin Jauh Dari Bumi Setiap Tahun, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Ini Adalah Cara Yang Dicadangkan Oleh Saintis Untuk ‚ÄėMenunda Kemusnahan Bumi‚Äô

Anda Mungkin Suka