Kerak bumi bersaiz Pluto didakwa berhenti berputar ke arah yang sama dengan Bumi, lapor CNN yang memetik Nature Geoscience, sebuah jurnal saintifik. Difahamkan bahawa putaran teras Bumi yang terletak kira-kira 5,000 kilometer (km) dari pusat Bumi ini boleh berputar dengan bebas kerana ia terapung di teras luar yang mengandungi logam cair.

Laporan ini telah menyebabkan perbahasan di antaran para saintis di seluruh dunia dengan mempersoalkan bagaimana kerak Bumi berputar dan penyelidikan terbaru dijangka merungkai kontroversi tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagi penulis kajian, Xiaodong Song dan Yi Yang dari Universiti Peking, China, fenomena ini bukan baharu. Difahamkan bahawa 2009, putaran kerak Bumi hampir berhenti dan kemudian beralih ke arah bertentangan. “Kami percaya putaran kerak bumi ada kaitan dengan permukaan bumi, ke sana ke mari seperti buaian,” katanya.

“Satu kitaran ayunan adalah kira-kira tujuh dekad, bermakna ia berubah arah setiap 35 tahun,” katanya sambil menambah bahawa situasi ini turut terjadi pada awal 1970-an dan peralihan seterusnya dijangka pada pertengahan 2040-an.

Setakat ini, tidak banyak bukti yang menunjukkan bahawa apa yang berlaku di kerak bumi akan memberi kesan kepada penduduk dunia di permukaan Bumi. Bagaimanapun, penyelidik percaya terdapat hubungan fizikal antara semua lapisan Bumi dari kerak ke permukaan.

Bumi terdiri daripada tiga lapisan – kerak, mantel dan teras. Para saintis percaya teras Bumi terdiri daripada logam dan beberapa unsur lain. Permukaan teras dalam dianggap mempunyai suhu kira-kira 5,700 K (5,430 °C; 9,800 °F), atau lebih kurang sama dengan permukaan matahari.

Pasukan Universiti Peaking menganalisis gempa bumi antara 1995 dan 2021, dan keputusan menunjukkan teras mungkin telah berhenti berputar sekitar tahun 2009 dan mungkin dalam proses membalikkan putarannya.