Disebuah kota Heslington, bahagian utara Inggeris, seorang lelaki terbunuh sekitar 673 – 482 SM. Kepalanya terpisah dari badan dan entah dibuang ke mana – ada lagenda mengatakan bahawa kepalanya di buang ke dalam sebuah lubang.

Namun, cerita itu sedikit demi sedikit menampakkan wajahnya yang asal apabila sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak lelaki pada 2008. Lebih mengejutkan bahawa otaknya masih kukuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ia membuatkan orang disekitar Helsington jadi bingung dan makin bertambah dengan persoalan ; bagaimana otak lelaki ini diawet sehingga mampu untuk bertahan selama bertahun-tahun lamanya?

Tidak berpuas hati dengan otak yang baru ditemui, pakar saraf University College London, Axel Petxold membuat keputusan untuk memimpin sebuah pasukan penyelidik bagi mempelajari sampel otak tersebut – ia mengambil masa setahun untuk merungkai misteri ketahan otak tersebut.

rsif20190775f01
The Royal Society

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa terdapat satu protein khusus yang telah menjadi alasan mengapa otak ini tidak mengalami pembusukan enzim. Protein ini membentuk satu sistem immune yang tahan kepada pembusukan.

Penyelidikan mereka yang dimuat naik di dalam Journal of the Royal Society Interfacetidak hanya boleh diaplikasi dalam ilmu sistem saraf tetapi juga mampu dikaitkan dengan arkeologi moden.

Biarpun Heslington bukan satu-satunya contoh kejadian pengawetan otak di lakukan di dalam sejarah peradaban manusia. Tetapi apa yang cukup luar biasa adalah ‘tidak ada tanda-tanda rambut atau kulit’ selain daripada sistem saraf otak.

rsif20190775f02
The Royal Society

Bagi mencapai kesimpulan akhir kajian ini, Petzold telah melakukan perbezaan diantara otak Heslington dan otak lelaki zaman moden selama setahun. Mereka juga menggunakan teknik spektrometri massa untuk menganalisis sampel. Selain itu, mereka juga melakukan perhatian penuh ke atas perilaku antibodi yang dihasilkan di dalam otak lelaki purba tersebut.

Jika digabungkan, data akhir menunjukkan protease otak Heslington mempunyai sesuatu sel yang tak dikenali yang menyebar ke struktur otak lebih dalam.

Lelaki purba ini mungkin kalah teruk dalam pertempuran, tapi setidaknya otaknya masih kekal hingga ribuan tahun.

Terdahulu, kami pernah merungkai bentuk misteri yang berusia 2,000 tahun di Peru. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Berjaya Jejak Bentuk Misteri Berusia 2,000 Tahun Di Peru Menggunakan Satelit Dan AI

Kisah Perjuangan Datu Tating, Pahlawan Sabah Yang Dilupakan

Kisah Wanita Pertama Mengelilingi Amerika Syarikat Secara Solo Menggunakan Motosikal

Sumber