Anda memerlukan komputer yang canggih dan mahal untuk melombong Bitcoin tetapi bagi beberapa saintis ini, mereka mempunyai cara tersendiri untuk melombong Bitcoin menggunakan supercomputers secara percuma.

Beberapa sainstis di fasiliti nuklear di Russia ini cuba menggunakan supercomputers di tempat kerja mereka untuk aktiviti melombong Bitcoin. Bagaimanapun, mereka telah ditangkap dan didakwa atas dasar ‘cubaan salah guna komputer kerajaan bagi kegunaan peribadi dan dalam kes ini melombong Bitcoin’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Supercomputer di fasiltiti nuklear ini tidak memerlukan sambungan internet atas tujuan keselamatan dan sekiranya ada cubaan untuk mengakses internet di sini, penggera keselamatan akan diaktifkan.

Kejadian ini berlaku di fasiliti nuklear di Sarov, Russia. Sarov adalah bandar yang sangat tertutup dan setiap residen di bandar ini mempunyai travel restriction. Penduduk Russia sendiri perlu mempunyai permit khas untuk datang ke bandar ini.

Jadi ianya masuk akal kenapa sistem keselamatan di sini sangat tinggi. Jadi pelombong Bitcoin di luar sana, melombonglah dengan cara yang betul dan jangan ambil kesempatan dengan melombong Bitcoin di komputer pejabat anda. Buruk padahnya nanti.