Sebuah komet dengan diameter mencecah sehingga 136 kilometer telah dijumpai oleh sepasukan saintis. Ia dikira sebagai komet terbesar yang pernah dijumpai oleh para saintis dengan ukuran menyamai 15 kali ganda ketinggian Gunung Everest. Komet ini juga dianggap lebih besar daripada komet Hale-Bopp yang ditemui sejak dua dekad lalu.

Komet yang dinamakan C/2014 UN271 ini telah ditemukan oleh Pedro Bernardinelli dan Gary Bernstein (Bernardinelli-Bernstein). Ia difahamkan mempunyai permukaan ais dan bakal mencapai jarak terdekatnya dengan matahari pada 21 Januari 2031. Melalui artikel saintifik yang diterbitkan dalam jurnal Astronomy and Astrophysic, komet ini dianggap antara komet tulen yang pernah dipantau oleh para ahli astronomi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemantauan komet ini dijalankan melalui teleskop paling sensitif di dunia, yang dipanggil Atacama Large Millimeter Array (ALMA). Menerusi pemantauan Emmanuel Lellouch, dari Observatoire de Paris di Perancis, yang turut mengetuai misi ini, beliau berkata, “Corak pergerakan [komet] menyerupai Hale-Bopp, kerana komet itu dipengaruhi oleh orbit matahari dan bergerak lebih dekat dengannya,” simpul pasukannya.

Pemantauan komet BB dijalankan melalui teleskop paling sensitif di dunia, yang dipanggil Atacama Large Millimeter Array (ALMA). Walaupun ia dianggap “dekat”, jarak antara matahari dan komet ini pada tahun 2031 akan bersamaan dengan jarak antara bintang dalam sistem suria kita dan planet Zuhal. Ini bermakna kira-kira 1.6 juta kilometer jika jarak diambil dari Bumi.

Komet terbesar bakal dekati Bumi setelah merantau selama 3.5 juta tahun. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Komet Terbesar Bakal Dekati Bumi Setelah Merantau Selama 3.5 Juta Tahun

Dua Pelajar Berusia 14 Tahun Dedah Ada Asteroid Yang Sedang Dekati Bumi

Bagaikan Filem ‘Upside Down’, Dubai Dijangka Bakal Bina Menara Tergantung Di Langit