Berbaki beberapa bulan sahaja sebelum pelancaran rasmi siri iPhone 12, nampaknya sudah pelbagai berita dan rekaan iPhone terbaru telah tertiris. Hampir pasti juga Apple dijangka akan melancarkan empat model terbaru pada kali ini merangkumi iPhone 12, iPhone 12 Max, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Menerusi perkongsian terbaru daripada Everything Apple Pro, sebuah perkara yang mengejutkan ramai mengenai iPhone 12 yang bakal hadir dengan skrin 5.4-inci adalah saiznya yang sangat kecil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, saiz model terbaru ini dijangka lebih kecil berbanding iPhone SE 2020 dengan skrin 4.7-inci. Anda boleh tonton video di bawah dalam membandingkan saiz iPhone SE 2020 dengan acuan iPhone 12.

Difahamkan rekaan iPhone 12 yang hadir dengan skrin meliputi hampir kesemua bahagian hadapan iPhone antara yang membuatkan model ini berpeluang hadir dengan saiz yang kecil.

Dalam pada itu, di sebalik saiznya yang ‘comel’, orang ramai mulai tertanya-tanya dengan saiz bateri yang disertakan dalam menjanjikan tempoh ketahanan yang panjang untuk satu pengecasan penuh. Sama-sama kita nantikan pelancaran siri iPhone 12 secara rasmi daripada Apple pada akhir tahun ini untuk maklumat lanjut.

Switch pada minggu ini telah melancarkan program pembelian iPhone secara ansuran sehingga 36 bulan. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Switch Tawarkan Program Pembelian iPhone Secara Ansuran Sehingga 36 Bulan

Apple ‘Disable’ Dan Jejaki iPhone Yang Dirompak Ketika Demonstrasi George Floyd