Ego lelaki Malaysia mungkin tinggi, tetapi tidaklah setinggi alat sulit mereka. Ini adalah antara fakta hasil dari kajian From Mars yang menilai alat sulit lelaki di seluruh dunia. Apa yang menariknya, alat sulit kaum lelaki Malaysia nampaknya kurang memberangsangkan apabila berada di dalam kelompok yang terpendek di dunia.

Melalui hasil kajian From Mars, saiz kemaluan lelaki Malaysia berada jauh di bawah di tangga ke-79. Dengan rata-rata lelaki di negara ini mempunyai panjang sebanyak 4.52 inci. Kita pula tewas kepada Singapura dan Indonesia yang berada di hadapan di tangga ke 78 dan 77.

Baca Juga:

Selain itu, rata-rata lelaki dengan saiz kemaluan yang kecil datang daripada negara asia. Menurut From Mars, Cambodia, Myanmar, Filipina, Sri Lanka dan Hong Kong berada di kedudukan lima teratas dalam senarai negara dengan alat kemaluan lelaki terpendek di dunia. Manakala Malaysia pula berada di tempat ke-8 dalam senarai tersebut.

Bagi negara yang mempunyai saiz alat kemaluan lelaki terpanjang pula telah dikuasai oleh negara-negara dari benua Afrika. Ecuador di tangga pertama sebelum diikuti oleh Cameron, Bolivia, Sudan dan Haiti.

Menurut Form Mars, kajian ini dilakukan untuk melihat sendiri perbezaan panjang alat kemaluan lelaki di seluruh dunia. Dengan data ini, orang ramai boleh melihat bahawa terdapat perbezaan saiz di setiap negara yang berbeza.

Sumber