Sony pada bulan ini telah mengumumkan PlayStation 5 sekali gus memperlihatkan rekaan rasmi konsol ini. Pengumuman yang dibuat Sony ini nampaknya berjaya membuatkan orang ramai teruja serta tidak sabar untuk menjadi yang terawal untuk memilikinya.

Di sebalik gambar yang dikongsikan, siapa sangka Sony PlayStation 5 hadir dengan saiz yang lebih besar daripada jangkaan ramai. Semua ini diketahui ini melalui gambar yang tertiris tempoh hari dimana saiz Sony PS5 dibandingkan dengan saiz Xbox One dan Nintendo Switch Lite.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

playstation_5_size_comparison_a

ign_-ps5_xsx_comparison-1024×576

Sebagai perbandingan, Sony PS5 dijangka hadir dengan ketinggian melebihi PS4 Pro sekitar 3-inci. Difahamkan saiz yang besar ini diperlukan dalam menawarkan ruang pengudaraan yang optimum buat para gamer yang pastinya akan menggunakan konsol ini dalam tempoh yang panjang.

Kehadiran gambar yang tertiris ini nampaknya memberi gambaran kepada bakal pembeli Sony PS5 untuk menyediakan ruang yang lebih besar untuk menempatkan Sony PS5. Maka dengan itu,  sudahkah anda siapkan tempat khas buat Sony PS5 anda?

Berdasarkan maklumat yang tertiris, Sony PS5 dijangka bakal mula dijual dengan harga sekitar RM2,404. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Harga Sony PS5 Tertiris, Bakal Dijual Dengan Harga Sekitar RM2,404

Lebih 4,000 ‘Game’ PS4 Dilaporkan Bakal Ditawarkan Pada Konsol PS5

Anda Mungkin Suka