Pemakanan sihat di musim Aidilfitri tidak jauh beza dari bulan-bulan biasa. Cuma ada strategi & pendekatan sedikit berbeza yang boleh kita sesuaikan dengan bulan syawal.

1. Ambil SARAPAN PAGI sebelum solat sunat Aidilfitri. Dapat pahala sunnah sekali. Mulakan pagi dengan menu yang sihat.

2. Fokus berinteraksi & eratkan SILATURRAHIM sesama muslim. Bukan fokus ‘bersilaturrahim’ dengan makanan setelah sebulan berpuasa.

3. Target harian pengambilan AIR MANIS tak melebihi 2 gelas (2-4 sudu teh gula). Nanti ada pula yang meroyan kalau tak kasi minum air manis langsung.

1 gelas air manis= 60-100 kcal.
Kalau 10 gelas sehari? (tambahan pula gula memang tak bagus untuk kesihatan kita). 

Selebihnya minum air kosong atau  minuman tanpa gula seperti air teh hijau, teh cina, air kelapa asli, barli atau minuman + pemanis gantian. Hendak seribu daya!

4. Makan ‘REAL FOODS’. Elakkan makanan proses seperti hot dog, french fries, nutget dll jika dihidangkan. Makanan sebegini tinggi LEMAK TRANS (musuh no. 1 diet sihat) & berbahaya kepada kesihatan.

5. Tuan rumah perlu peka makanan yang dihidangkan kepada tetamu. Tahun ni kalau boleh jangan hidangkan air berkabonat (air gas) kepada tetamu. Tuan rumah juga boleh mengambil inisiatif menyediakan air masak tambahan di dalam bekas khas.

6. Makan dalam kuantiti yang kecil. Berhenti makan SEBELUM kenyang. Bukan ketika kenyang & apatah lagi sesudah terlalu kenyang. Sampai bernafas pun susah. Hehe.

7. Minggu pertama Syawal orang mabuk dengan rumah terbuka dan makanan. Kalau rasa diri tak kuat dan susah nak kawal makan, mulakan PUASA 6 seawal hari ke-2 Syawal.

8. Kebiasaannya kita mempunyai banyak PILIHAN makanan di musim perayaan. Kuasa di tangan kita. Pilih makanan yang kurang gula, garam, lemak, bahan perasa & pewarna tiruan. Kita tahu semua ni tapi tak amal.

Pilih Karbohidrat, Protein, & lemak yang BERKUALITI. Saya lebih suka makan satay, lemang berbanding melahap kuih raya.

9. Jangan lupa ambil makanan tinggi SERAT/FIBRE seperti sayur-sayuran & bijirin. Jangan sampai sembelit & berkampung di dalam tandas di musim perayaan.

10. Minum AIR MASAK secukupnya (antara 2-3 liter sehari). Isi dalam botol & letak dalam kenderaan. Minum air masak sebelum pergi ke rumah terbuka. Boleh juga simpan air mineral dalam beg & bawa ke mana-mana musim perayaan ni.

11. Ambil TINDAKAN. Tahu teori tak memberi apa-apa manfaat kalau tidak BERTINDAK. Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.

Preserve our health. Semoga bermanfaat.

Taqabballahu minna wa minkum
Salam Aidilfitri 1438H

Artikel di atas disumbangkan oleh Saifullah Osman. Boleh ikuti beliau di sini.
0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤