Pada hujung minggu lalu, berlaku kesesakan lalu lintas yang luar biasa di pusat bandar kerana orang ramai sudah mula membeli belah persiapan hari Raya Aidilfitri.

Dalam kita sibuk membuat persiapan raya, pastikan anda memerhati anak-anak anda ketika membeli belah agar tiada kejadian buruk berlaku seperti hilang dan sebagainya.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @liiyanaaaaaaaaaaa telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya membawa seorang kanak-kanak dipercayai berkeliaran dalam pasaraya tanpa pengawasan ke kaunter pertanyaan.

@liiyanaaaaaaaaaaa

jangan disebabkan kecuaian kita sebagai mak ayah kita menyesal di kemudian hari 🥰 untuk peringatan sendiri dan semua , nasib adik comel ni tak nak ikut balik rumah🤪

♬ bunyi asal – Aiman Sidek – Aiman Sidek

Dia yang merupakan pekerja di salah satu outlet pasaraya tersebut bertindak membawa kanak-kanak itu ke kaunter pertanyaan kerana bimbang kanak-kanak itu berkeliaran bersendirian selepas tiada yang mengakui mereka ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Belum sempat membuat pengumuman kanak-kanak hilang, bapa kepada kanak-kanak tersebut tiba di kaunter pertanyaan dan dipercayai mahu membuat pengumuman kehilangan anaknya.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menasihati ibu bapa diluar sana untuk fokus memerhati anak-anak mereka ketika berbelanja.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan kejadian seperti ini sering terjadi dan kadangkala ibu bapa lalai ketika berbelanja. Rata-rata netizen juga mengatakan awasilah anak-anak sebaiknya kerana jika berlaku apa-apa sudah tidak guna menyesal kelak.

Sementara itu, kami kongsikan ragam orang berbelanja raya pada pautan di bawah ini.

‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah

‘Dah Macam Nak Balik Kampung’ – Netizen Kongsi Kesesakan Luar Biasa Sempena Pembelian Jualan Raya