Mesti korang tertanya-tanya kenapa orang-orang Jepun ni suka sangat musim sakura. Padahal orang Malaysia paling suka datang Jepun mesti nak main salji kat Gala Yuzawa kan? Haha.

Aku dulu pun tak heran sangat musim-musim ni tapi atas pengalaman yang aku nak cerita ni membuatkan aku suka tengok sakura dan nak buat sakura hunting insyaallah tahun ni.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Wan-kun, mada kaeranai?” Tak balik lagi ke Wan, tegur bos (senior partner syarikat Jepun saya dulu masa bekerja outstation di sana).

“Yaranakerebanaranai koto ga aru kara” ada kerja nak kena siapkan dulu. Terkejut saya, sebab masa tu semua orang dah balik termasuk bos Jepun saya tu. Tapi dia datang balik ke pejabat sebab ada tertinggal barang.

“Dah-dah la tu. Jom teman aku lepak kejap,” ajak bos. “Okey!” Aku akur saja. Walaupun ada benda yang penting nak kena siapkan sebenarnya. Siapa yang pernah kerja expat akan paham, kerja di negara orang ni lain sikit. Kadang kita free gila-gila, kadang-kadang kita paling sibuk sampai tak boleh tidur.

Bos ajak pergi Ueno, nak tengok Sakura katanya. Masa tu aku pelik juga. Biasanya kawan sepejabat Jepun, boss-boss atau partner-partner kalau ajak keluar lepas waktu kerja mesti ke tempat-tempat lagho macam bar, Nomiya, Kyabakura ke Soapland (korang jangan pergi tempat-tempat ni, huhu).

Gambar masa aku melepak dengn boss aku. Ueno Park ni buka 24 jam. Korang boleh berhanami sampai malam. Orang Jepun pun berparti dan sampai mabuk-mabuk larut malam kat sini.

Tapi biasanya aku ikut saja. Tugasan aku bila ikut mereka adalah  kutip sorang-sorang bawa masuk teksi dan hantar balik selepas  mereka mabuk teruk. Esok claim kat mereka, sebab tu  mereka suka bawa (buli) aku. Tapi kali ini bos aku ni ajak pergi Ueno Park, lebih kurang 30 minit dari pejabat kami untuk melepak. Pejabat di Shinjuku. Satu perkara yang mezurashi (jarang dan pelik).

Bos belanja minum. Masa tu BELI dari mesin vending. Macam biasa, dia minum beer Asahi dalam tin, aku minum teh hijau. Dia mula cakap, “yoku gabbatta. Otsukaresama”  terima kasih atas usaha keras kau. Macam gitu la maksudnya. Dia terangkan kat aku biasa expat yang menumpang pejabat mereka atau kerja di situ, terutama dari negara barat macam orang Amerika, susah nak sesuaikan diri.

Jepun kan kerja long hour, berbanding mereka. Tapi negara Asia rata-rata semua kerja lebih kurang sama. Jadi aku mudah nak sesuaikan cara kerja aku dengan mereka walaupun kadang-kadang kena kerja long hour. Jadi dia puji aku. Tak payahlah pulun teruk sangat dia kata sebab kerja aku dah ok.

Bos mula cerita tentang satu urban legend. Siapa yang pernah tinggal di Jepun biasanya mesti pernah dengar kot cerita ni. Bos keluarkan duit syiling Jepun 100 yen. Dia bertanya pada aku, “dochi ga atama, ushiro?” Yang mana satu kepala dan mana satu ekor? Begitulah maksudnya. Aku cakap kat dia, mesti la yang 100yen tu. Fikir logik orang tengok duit mesti tengok nilainya kan? “Deshou!” (kan!)

Dia kata, “hontou wa sakura da. Haha!” (Sebenarnya sakura. Haha!) Dia mula bercerita, selepas Jepun kalah teruk perang, banyak hutang, dan pembinaan-pembinaan semula harus dilakukan. Sistem politik Jepun pun diubah secara mendadak mengikut telunjuk barat.

Siapa tak sedih kan negara kalah perang. Kerosakkan banyak akibat di bom termasuk bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Bermula pada tahun 1960, magical economy renaissance bermula di Jepun.

Masa syiling ni dibuat pada tahun 1967 pembuat syiling-syiling Jepun meletakan nilai 100 yen tu gambarnya sakura sebab syiling 100 yen paling banyak digunakan. Ini disebabkan sakura merupakan satu significant magical kepada orang Jepun.

Musim bunga dan sakura di Jepun menjadi satu significant iaitu satu titik pengakhiran dan permulaan baru. Sekolah dan universiti akan grad dan masuk di bulan 3.

Begitu juga kalau musim orang cari kerja di Jepun (shushokukatsudo) pun paling giat pada masa-masa tu. Korang akan nampak pelajar-pelajar tahun akhir Jepun pakai suit penuh, mencari kerja, dan kebanyakkan syarikat-syarikat akan buka jawatan kosong pada waktu yang sama, pun turut menjadi significant permulaan baru untuk syarikat itu.

Malah ada syarikat besar yang buat majlis masuk kerja, umpama majlis pelajar masuk universiti.

Masa di Jepun bila saya ada masa, kawan bagi tawaran jadi cikgu ganti mengajar English. Gambar ni kat Osaka, di salah satu sekolah tinggi punya nyugakushiki. Masa ni dorang jemput saya, nak bagi peluang saya tengok.

Ibubapa bangga bila anak-anak mereka dapat masuk lagi-lagi kalau sekolah berprestij. Kedua-dua ibubapa akan datang ke sekolah, kadang dengan berpakaian kimono dan pakaian tradisional.

Kalau korang tengok gambar, masa musim sakura, salaryman Jepun akan lalu ditaman semata-mata nak menghayati keindahan sakura. Mereka sanggup ambil masa dan merewang sekejap.

Biaanya makanan-makanan ringan masa berhanami akan disediakan.

Sebab itu diletakkan sakura pada duit 100 yen, satu significant permulaan baru negara Jepun selepas perang, di mana generasi-generasi X, orang-orang Jepun selepas perang bekerja keras, sama-sama berganding bahu membina negara mereka, membina ekonomi mereka.

Tiada istilah dendam, tuntutan mahupun benci pun terhadap Amerika dan juga negara-negara bersekutu lain pada ketika itu. Bak pepatah Melayu buang yang keruh ambil yang jernih. Sakura tu significant satu pengakhiran cerita lama, kita kenang move on dan buka buku baru. Mulakan kehidupan baru.

“HIDUP INI UMPAMA BUNGA SAKURA” bos aku kata. Hidup kita di dunia ni pendek jika dibandingkan dengan tempoh masa dunia yang panjang – ujar bos.

Maka jadikanlah hidup kita macam bunga sakura. Menjadi sesuatu yang significant dan bermakna buat orang lain. Sebab tu korang tengok orang Jepun yang senior-senior (gen x) bekerja keras sehingga larut malam walaupun hanya sebagai salaryman (executive) sebab dia nak menjadi seseorang yang significant pada syarikatnya dan negaranya.

Ada satu waktu bila perdana menteri, Shinzo Abe berkata pada orang-orang tua Jepun, “belanja duit anda! Buat apa simpan duit dalam bank, duit tu tak kan ada makna (significant),” makan para gen X orang Jepun pun keluarkan duit mereka, pergi melancong dalam negeri mereka, sebab dengan membelanjakan wang mereka, dan juga walaupun sudah pencen,  mereka nak menjadi seorang yang significant, atau bermakna buat negara mereka.

Tapi dia kata, orang-orang muda di Jepun ni sekarang, dia ingat 100yen tu ‘atama’ (kepala) sebab signifikasinya dia pikir kebendaan tu segala-galanya. Wang ringgit, pakaian cantik-canrik, barang-barang mewah menjadi ukuran.

Sebab tu antara faktor kelembapan ekonomi sekarang di Jepun, salah satu yang banyak orang tak nampak apabila golongan muda menjadikan kebendaan dan wang ringgit sebagai ukuran, bukannya semangat memulakan sesuatu yang baru atau membuat satu perkara yang significant.

Ada yang lebih suka kerja partime (baito) yang menjanjikan gaji yang lumayan berbanding salaryman. Jadi ramai yang jadi freeter. Bila para salaryman yang masih muda kerja di Jepun, dia tengok bos-bos dia atau senior-senior dia tak balik, mereka hanya sekadar ikut membabi buta.

Padahal mereka buat homework, persediaan untuk kerja esok ataupun fikirkan cara untuk membuat sesuatu yang significant kepada syarikat mereka. Bagi mereka, kerja itu untuk mencari wang semata-mata, dibelanjakan kepada kebendaan, pakaian-pakaian mewah, hobi-hobi mereka dan lain-lain perkara lagho seperti red light entertainment, yang merupakan industri ke 2 terbesar di Jepun selepas industri automotif.

Kyoto, Shinsenen – tempat aku suka lepak. Tempat ni lawa dan tak ramai orang kalau korang nak berehat.

Malah berbeza pada zaman dulu, di mana orang-orang Jepun berkejar-kejar nak masuk universiti berprestige seperti Todai, Keio dan Waseda, disebabkan nak menjadi seorang cendiakiawan yang dapat membuat sesuatu yang bermakna kepada negara, membuat kajian yang bermakna.

Orang-orang muda sekarang masuk universiti sebab mengikut semua orang masuk universiti. Malah wujud pula satu nama, ‘imi no nai daigaku’ bermaksud satu universiti yang tiada makna.

Jangan salah faham, ada orang Jepun yang betul-betul masuk universiti untuk belajar bersungguh-sungguh, tak kurang juga yang masuk universiti hanya sekadar ikutan.

Berbeza dengan senior di sekolah tinggi, universiti umpama masa bulan madi para belia Jepun masa sekarang. Sebab semua nak enjoy, tak belajar, masuk kelab (kelab ni kelab universiti, bukan clubbing) dan enjoy.

Berbeza dengan Korea Selatan, artis-artis dan idola pun masuk universiti. Malah ada yang ambil masa yang sangat lama untuk grad. Dah tua pun masih masuk universiti. Sebab tu universiti di Korea Selatan semakin mengejar universiti-universiti di Jepun dari segi ranking.

Gen Y Jepun sekarang sekadar hidup ‘follow the flow‘, belajar rajin-rajin masa sekolah, masuk universiti yang bagus, enjoy, grad uni cari kerja yang bagus. Jarang boleh jumpa orang Jepun yang passionate, nak buat business ke, startup ke, nak travel satu dunia ke. Ada tu ada tapi jarang.

Bulan Mach adalah cuti sekolah dan cuti musim bunga bagi universiti. Jadi korang boleh jumpa budak-budak sekolah dan universit berjimba sakan dan berhanami. kalau bulan 3, taman tema memang akan penuh secara automatik. Jadi jangan terkejut dan bersedia lah.

Parti di guesthouse aku masa aku duduk di Tokyo dulu. Mereka memang kuat berparti. Orang-orang Jepun ni pun tak semua yang minum. Jadi kalau nak join parti join je. Tak payah minum dan makan benda-benda pelik.

Tempat sama parti lain. Tak silap aku di guesthouse aku saja ada party 3 kali di sepanjang musim sakura. Di tempat aku kerja aku pula hampir setiap hari berhanami. Jadi ambil kesempatan ni join la hanami.

Ni dah malam, kat Sakuranomiya park.

“Wan-kun mo, Sakura ni Nare!” tegas bos aku separuh mabuk. Orang-orang Jepun ni bila nak bercerita hal deep conversation ke, awek-awek nak buat pengakuan atau approach lelaki ke, ni kena teguk 1 ke 2 beer dulu. Sebab sikap mereka pemalu.

Bila dah mabuk mula la cerita benda-benda deep, kisah-kisah lama. Kalau awek-awek Jepun atau rakan sekerja aku yang perempuan, bila dah mabuk sikit, mula la nak pegang-pegang tangan, dekat dengan aku. Masa tu aku faham. Dah start lettew.

Siapa yang ada kawan atau coworker Jepun akan paham. Paling teruk, bos aku dulu dah mabuk teruk, nak jumpa skandal lama dia yang kerja kat Kyabakura. Geleng kepala kitorang melayan. Sebab bos, kena layan. Kalau coworker biasa atau bawah kita, abaikan je perangai macam tu.

Tapi kali ni, dengan half sober, bos aku tegaskan pada aku, masa tu aku banyak pergi outstation, buat kerja-kerja di luar. Memang aku rasa seronok sebab dapat pengalaman baru, pengalaman lain.

Banyak ilmu-ilmu yang kita dapat, mungkin kita hanya akan dapat bila mengembara, travel atau outsation di negara-negara luar. Tapi dia kata pulanglah ke negara kamu, kongsikan pengalaman dan pengetahuan yang kamu dapat dengan negara kamu.

Negara kamu banyak potensi. Jadi binalah dengan passionate. Memang banyak cabaran-cabaran kamu akan hadapi tapi ingat, jadi seperti sakura. Hidup biar menjadi satu significant kepada orang lain.

Bos aku ni pun kuat travel masa dia muda-muda dulu. Dia kata dia travel sebab dia nak belajar benda yang dia tak boleh belajar di Jepun, dia akan belajar di negara lain. Daripada negara 3rd world country seperti Vietnam dan Indonesia, sehingga ke Wall Street dan Eropah dia travel, katanya.

Begitulah significant bunga sakura. Masa musim sakura, bos Jepun aku mula bertolak ansur sikit kepada aku. Dia kata kalau free pergilaa keluar tengok sakura, pusing-pusing Jepun sikit jalan-jalan.

Jangan hidup hanya di pejabat dan balik  ke guest house je setiap hari, dia kata. Memang di musim sakura, syarikat akan bertolak ansur sikit. Orang-orang Jepun yang bekerja kadang-kadang akan keluar di waktu kerja untuk tengok sakura dengan rakan sekerja. Lepas waktu kerja pun kami pergi hanami. Ini dikira tukar lokasi berbanding pergi ke tempat-tempat lagho yang tak berfaedah tu.

Sebenarnya aku lagi suka. Tak habis banyak duit. Aku bahan mereka. Sebab semua orang akan menghayati sakura, nak refleksi hidup  mereka balik, dan luangkan masa dengan orang-orang tersayang.

Semua mula tutup buku baru, buka buku lama. Bagi orang Jepun Gen X, dan yang lama-lama, yang masih mempunyai semangat yang dibawa dari zaman selepas perang, dia akan berefleksi dan bertanya kepada diri, “ADAKAH HIDUP AKU NI UMPAMA BUNGA SAKURA?”

Ini lah gambar sakura kat duit 100 yen. Kesimpulan dari cerita aku, apabila kita pergi travel ke Jepun, kita bawa lah balik ke negara kita. Walaupun sebentar, hanya dalam 2 ke 3 hari, tapi banyak benda dapat kita belajar daripada mereka kan. Tak dinafikan ada benda buruk juga dari dorang. Bak kata pepatah Melayu buang yang keruh ambil yang jernih, yang baik jadi pedoman, yang buruk jadi pengajaran. Tak perlu tunggu orang lain ubah negara kita. Kita mula berubah dan mengubah dari diri kita sendiri.

Berikut aku sertakan gambar dan lokasi yang korang boleh tengok bunga sakura di Jepun.

Ini di sepanjang Sakuranomiya Park di Osaka. Masa ni aku berangan nak baring ambil gambar dengan sakura gugur macam dalam drama tu, tapi tak jadi sebab tak nak suit kotor. Huhu.

Sakuranomiya Park

Sakuranomiya Park ni panjang. Sepanjang sungai ni ada hanami. Bos syarikat yang kaya akan sewa bot dan berparti atas bot sambil cruise sepanjang sungai ni.

Flower Expo Park Osaka. Jauh sikit dari bandar Osaka tapi tak ramai orang. Kawan aku ajak lepak sini sebab dia tinggal berdekatan sini.

Nara Park special. Korang boleh berhanami dengan rusa. Bila cuti aku selalu lari pergi Nara atau Kyoto. Kyoto pun sekarang sesak sangat dengan pelancong.

Nara park. Di sini boleh berhanami dengan rusa.

Dengan kawan sekerja di Osaka. Masa ni sementara tunggu bos. Semua orang memang tengah mood sakura dan berhanami. Masa sakura ni kerja tak ada tekanan sangat. Banyak orang Jepun keluar masa waktu kerja sebab nak tengok sakura, ambil gambar, jalan-jalan.

Berhanami dengan rakan sekerja.

Ini di Osaka jua. Port paling terkenal untuk hanami ialah Osaka Castle Park. Mereka dah sediakan kanvas siap-siap. Masa ni kitorang berhanami di waktu rehat pejabat.

Osaka Castle Park.

Osaka Castle Park. Tempat ni memang port lawa kalau korang nak bergambar.

Osaka Castle Park.

Yang ni Mount Yoshino.

Mount Yohshino. Ada hotel untuk menginap juga di sini.

Ada pepatah Jepun mengatakan, hati perempuan berbunga di musim sakura, umpama bunga sakura yang berkembang mekar. Hati lelaki bergetar di musum luruh, umpama angin musim luruh yang meniup kencang kepada pepohon.

Ini di taman dekat Tennoji. Tak tau taman apa, tapi dekat dengan apartment aku duk dulu di Osaka.

Di musim sakura juga, banyak tempat akan bagi informasi tentang tempat best nak tengok sakura, berhanami. Jadi korang takkan kekeringan idea nak buat apa di musim sakura.

Ueno Park antara tempat-tempat awal bila sakura mula mekar. Kalau lalu pagi-pagi, mana tau korang dapat masuk tv. Mereka selalu perhati perkembangan sakura kat Eeno kalau di Tokyo.

Masa ni d guesthouse aku pun selalu sangat buat parti. Orang-orang Jepun memang akan banyak buat parti masa sakura. Umpama kita banyak buat open house masa raya.

Yang ini tak inagt kat mana. Dekat-dekat Roppongi ke Shibuya gitu.

Ini gambar tersesat masa di Nagoya. Masa ni sakura dah banyak gugur. Tahun lepas ada hujan di tengah-tengah musim sakura.

Sekitar Roppongi. Dekat-dekat dengan Roppongi Hills.

Di tempat ni, dekat dengan Design Sight. Seebelah Hinokicho Park kot. Best juga nak hanami. Kalau perasan kat belah kanan tu macam tempat classy sikit. Orang Jepun berhanami sambil makan macaron dan minum wine. Kawasan Roppongi ni macam upscale sikit. Haha.

Ini Shinjuku Park.

Perasan tak geng-geng Jepun ramai-ramai pakai suit tu. Tu semua yang aku cerita, shushokukatsudo – job hunting di Jepun. Macam mana nak kenal mereka?

Kalau lelaki akan pakai suit kemas dengan tie, yang perempuan pun pakai suit, pakai skirt dan kasut kulit sedondon. Malam-malam kalau terjumpa di guesthouse atau hotel korang menginap, jika nampak mereka dengan muka stress, garu kepala menulis atau menaip, tengah taip resume lah tu.

Pagi-pagi bangun di awal pakai smart nak interview. Kalau jumpa kata la kat dorang gambbatte kudasai. Tak senang juga cari kerja di Jepun di zaman sekarang. Huhu.

Ini di Kyoto Imperial Palace Park kalau tak silap.

 

Nota editor: Buat anda yang nak travel ke Jepun, ada satu group di Facebook yang berkongsi tips dan pengalaman travel di Jepun. Nama group ialah Road To Japan. Para admin di group ini juga cuba membawa nilai-nilai baik daripada Jepun yang boleh kita ikut. Anda boleh klik link Road To Japan untuk sertai group ini.