Nota Editor: Penerangan ilmiah tentang vaksin, sistem imun dan antibodi ini adalah dari sumbangan seorang pelajar perubatan yang masih menuntut di universiti di Timur Tengah. Atas permintaan penulis asal, nama beliau dirahsiakan kerana bakal doktor muda ini sedang menduduki peperiksaan dan ingin memberikan sepenuh tumpuan untuk pelajaran beliau. Harapan kami agar perkongsian ini membawa manfaat untuk anda.

vaksin-1

Belanjawan 2020
HYPE
5 Pencapaian Cemerlang Negeri Selangor Di Bawah Pimpinan Amirudin Shari
Baca lagi →

Vaksin berdiri atas prinsipal sistem pertahanan badan semula jadi. Sebelum cerita pasal vaksin, kita kena faham dulu macam mana badan yang sempurna ni Allah lindung. Dalam apa-apa jangkitan, badan kita akan bertindak balas untuk lawan jangkitan bakteria atau virus. Secara umum dan ringkas: Ada dua tahap balas.

Pertama, kita sebut sebagai inflammatory reaction. Kita ibaratkan seperti “membakar bakteria” dan membendung jangkitan berlarutan. Sebab itu bila dijangkiti bakteria, misalnya, kita akan demam. Itu tanda pertama badan kita bertindak balas. Suhu yang panas boleh membunuh bakteria. Tempat jangkitan mungkin akan bengkak, kemerahan, rasa panas.

Jadi, dari sini, kita maklum bahawa demam tu bukan penyakit, tapi tindak balas kepada jangkitan. Sebab tu kalau demam teruk, doktor akan bagi antibiotik (anti- bakteria) dan ubat meredakan inflammatory reaction (demam) tadi. Kalau demam biasa, tandanya jangkitan biasa dan badan kita cukup kuat untuk basmi terus bakteria tanpa perlukan antibiotik. Sebab itu kena jumpa doktor kalau demam berlarutan. Takut-takut jangkitan yang badan kita tak cukup kuat untuk lawan.

Ada sesetegah jangkitan, bakteria atau virus terlalu kuat. Memang semula jadinya Allah ciptakan dia begitu. Maka kita pergi ke pertahanan jenis ke 2 :

Sistem imun.

Apa itu imun? Tentera Tuhan yang dicipta bila adanya jangkitan. Setiap virus, atau bakteria, ada ID atau code tertentu yang badan kita boleh cam. Dia akan cipta tentera yang khusus untuk virus berdasarkan ID tu. Itulah namanya antibodi.

Antibodi ni ada yang dicipta sepanjang hayat (antibodi ‘ammah) dari kecil atau ada yang dicipta bila dijangkiti (antibodi khususi). Ya, antibodi ni, dengan izin Tuhan memang cukup kuat untuk lawan bakteria atau virus. Fungsinya sama macam tindak balas inflammatory tadi, bahkan membantu secara khusus.

Setakat ni faham?

Tapi seperti sunatullah yang lain, ada antibodi yang perlukan peraturan tertentu. Kenapa? Sebab ada bakteria tu level dia memang lain macam, terlalu kuat. Antibodi yang dicipta waktu jangkitan pertama tak cukup cepat untuk lawan. Sebab bakteria ni terlalu cepat kesannya maka kita perlukan antibodi untuk upgrade juga.

suntikan-vaksin

Di sini peranan vaksin.

Vaksin mengandungi bakteria yang dilemahkan dengan proses tertentu tanpa menghilangkan ID yang saya sebutkan tadi. Badan kita still boleh cam dia, tapi dia tak mampu buat ancaman dekat badan kita. Bayangkan, askar musuh yang dah lemah sangat-sangat. Kita boleh kesan dia sebagai musuh dan sediakan segala kubu untuk lawan, tapi dia tak mampu buat apa sebab lemah.

Bila kita disuntik bakteria yang lemah-hampir-mati ni, badan kita akan cam, dan terus cipta antibodi untuk pertahankan badan. Tapi mampukah bakteria bagi ancaman? TAK. Jadi apa perlunya suntikan tadi? Jawapannya adalah sebagai persediaan awal.

Bila kita disuntik, ibaratnya kita kena jangkitan pertama yang harmless. Bila kita dijangkiti kali ke 2, yang bakteria sungguh-sungguh punya, yang original form punya, badan kita dah ada antibodi/pertahanan khusus. Badan cuma perlu upgrade je antibodi sedia ada untuk lebih kuat dari bakteria tu.

Bayangkan askar tadi dengan kubu sedia ada. Ok, kali ni, askar yang sebenar datang. Kita dah ada kubu? Dah. Kita cuma tambah kereta kebal dan sebagainya. Apa elemen yang penting sebenarnya ni? MASA!

Bila kita baru nak buat kubu dari kosong bila berhadapan musuh sangat kuat, kita akan kalah. Kita akan diatasi dengan mudah dalam masa yang SINGKAT! Tapi bila kita dah sedia awal, kita boleh jimatkan masa untuk terus upgrade kepada lebih kuat tanpa buang masa berbanding nak mula dari KOSONG!
Sifir mudah. Tapi kalau dah fikir diri sendiri je betul, susah orang nak terangkan. Haha.

Kesan sampingan of course akan ada. Tetapi kena faham, bukan semua affected. Hanya kepada yang susceptible (ada kemungkinan) sahaja akan kena.

Siapa? WALLAHUALAM! Tetapi bila dikaji, para pengkaji buat teori, orang yang begini, begini, begini, begini. Kena ingat, itu pun masih belum tersabit sebab dalam perubatan tiada apa yang tersabit secara muktamad. “Sakit ini, sebabnya ini.” TIDAK SAMA SEKALI. Sentiasa ada kemungkinan dan sebab lain. Kami buat yang termampu dengan ilmu yang termampu dan yang Allah izinkan kami belajar dan kaji, kami buat keputusan terbaik untuk badan kalian.

Nak cerita pasal kesan sampingan, banyak. Tapi bukan semua kena, bukan seteruk yang kalian bayangkan. Ianya isolated cases.

Dalam perubatan ni, banyak sangat yang kami tak tahu. Terlalu banyak. Sepanjang kami belajar ni mungkin 6051 penyakit kami belajar. Dari situ, mungkin hanya 10 yang kami mampu agak 99% sebabnya adalah hakaza-hakaza.

vaksin-3

Soalan cepu emas :

1) Adakah makan kurma dan sebagainya boleh cipta antibodi?

Wallahuaklam, saya tak tahu. Tetapi adakah kurma dan habatussauda mempunyai ID khas untuk badan kesan dan cipta antibodi? I leave that for you to think.

2) Bukankah habatussauda itu penawar segala penyakit?

Hadith tu adalah syifa dan bukan as-syifa. Penawar dan bukannya “the” penawar untuk segala penyakit. Ia adalah usaha dan mekanisme bagaimana ia bantu badan belum diketahui secara lengkap. Tapi ingat, anything when taken in excess is also dangerous. Termasuk madu, habatussauda, kurma dan sebagainya. Bersederhanalah.

3) Bukankah dadah itu ciptaan kafir?

Sekarang ini bukan debat “ciptaan kafir maka ia haram”. Sekarang ini kita sebagai spesis manusia dengan ilmu yang Allah izinkan dengan teknologi yang ada, kaji dan buat yang terbaik untuk bidang perubatan. Kalau tak nak, tak apa.

Tapi kalau kena faham sendiri ya? Yakin anda betul, ruang perundangan ada untuk membantu anda. Berbincang dengan baik dengan doktor anda sebelum buat keputusan. Adalah tanggungjawab doktor anda untuk menerangkan keperluan ubatan dan kesan sampingan yang mungkin akan timbul. Bertanyalah dengan elok.

4) Kenapa tak ada doktor Islam muda muda ni yang buat kajian?

Kita buka mata dan lihat sekeliling. Negara Islam kebanyakannya miskin dan matlamat mereka adalah lebih untuk survive. Kerja kerja kerja dan kerja. Teknologi, ilmu, resources (duit dsb) belum setanding. Maka sokonglah untuk mudahkan dan cepatkan penemuan drug dengan kesan sampingan yang minimal.

Ini bukan soal muda atau tua, tapi soal hentikan kata-kata sindiran yang berakar dalam masyarakat kita ini. Sindir, perli, maki, keji, perlekeh – HENTIKAN!

Sokong dan bantu. Tak faham pun, sokong lah. Tak de doktor yang nak membunuh umat sejagat dengan vaksin. Nak gain apa? Bumi ni tak cukup luas untuk dijejak dengan kaki.

5) Kenapa tak guna ubat semula jadi?

Drug yang dicipta kebanyakan sumbernya adalah sumber semula jadi.

Contoh?

Atropine, curare dsb. Kita kaji tumbuhan Atropine dan curare ni dan kita dapatkan dia punya coding. Dalam coding ni, ada kesan sampingan dan ada juga kesan baik untuk rawat A B C. Kita hasilkan ubat berdasarkan coding ni yang punyai kesan baik yang khusus yang kita mahukan.

Kalau kita nak rawat sistem A, kita rawat A sahaja tanpa kacau sistem B. Inikan lebih memudahkan? Ini contoh, kerana bukan semudah ini untuk bicara soal ubat-ubatan. Kesan sampingan memang akan ada, tetapi mungkin semakin minimal. Itulah peranan teknologi. Sentiasa evolve dan ada breakthrough untuk berikan yang terbaik untuk manusia sejagat. Kita gunakan apa yang kita ada sekarang.

vaksin-4

6) Bagaimana dengan hukum?

Di sini, bila berbicara dengan hukum kita kena berhati-hati. Jangan sesekali tafsir ayat al-Quran dan hadith tanpa ilmu yang lengkap. Nahu sorof, tafsir, usul fiqh dan sebagainya sudahkah kita sudah untuk ambil hadith dan terus menghukumkan sesuatu?

Jika belum, serahkan kepada ulama untuk bincangkan hal ini. Kita ambil manfaat daripada mereka sebagai orang awam.

Di laman web JAKIM ada info suntikan yang harus dan ada yang haram bergantung kepada keperluan semasa. Secara umumnya, kaedah mengharuskan benda yang haram ada dengan SYARAT dan SITUASI tertentu. Bukan pukul rata. Rujuklah yang benar-benar alim dan kitab perbahasan, bukannya dari “orang kata”.

7) Belajar melalui pembacaan tanpa guru, sangat bahaya.

Sedangkan dalam perubatan yang kompleks ini pun belajar sedemikian adalah fatal mistake, inikan pula bila kita bermain dengan hukum dan dalil. Berhati-hatilah dan bercakap dengan ilmu. “Tahu sesuatu” dan “berilmu akan sesuatu” adalah dua benda yang berbeza. Pelajar perubatan sendiri pun – yang bersamanya buku-buku tebal dan profesor di hadapan – boleh tersilap faham akan segala proses dalam badan yang sangat sangat sangat kompleks!

8) Tulisan pendek ini jangan dijadikan rujukan, tetapi sebagai pemudah cara untuk memahami.

Rujuklah doktor yang jujur dan faqih dengan ilmunya, dan betul-betul ahli untuk bicara soal perubatan. Begitu juga dengan soal hukum-hukum. “Bertanyalah ahlinya jika kamu tidak ketahui.” : Al-Quran

9) Bagaimana mengenal pasti siapa yang betul-betul ahli?

Dia bercakap dan berani bertanggungjawab ke atas apa-apa keputusan yang dibuat melalui percakapannya. Latar belakang ilmunya jelas, dari mana dia belajar jelas, kaedah yang digunakan jelas, siapa gurunya jelas. Siapa yang tetapkan semua ini, para ulama dan masyaikh dalam agama kita dahulu. Inilah namanya beradab dengan ilmu.

10) Dunia perubatan sangat luas dan kompleks. Adab sesama manusia perlu dijaga. Hentikan sindiran dan kejian kerana itu tidak membantu. Kerana orang boleh menilai siapa yang betul-betul bertanya untuk tahu dan siapa yang mahu  dirinya sahaja yang menang (sambil direncah dengan sarcasm yang agama Islam sudah jelas melarang).

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka