Umum ramai yang mengetahui orang awam dilarang sama sekali untuk menggunakan lampu strob walau apa jua pun alasan diberikan dan ia merupakan satu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pada hari semalam seorang lelaki terserempak dengan seorang pemandu Mazda CX-5 telah menyalahgunakan lampu strob untuk mengelak kesesakan lalu lintas di kawasan Alam Damai, Kuala Lumpur.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas menyalakan lampu strob, pemandu Mazda itu memotong barisan dan memandu ke arah berlawanan walaupun di hadapannya mempunyai kenderaan lain yang sedang memandu di lorong terbabit.

Tindakkan berbahaya itu mengundang perasaan tidak puas hati di kalangan netizen kerana pemandu tersebut membuat dua kesalahan serentak seperti yang terakam pada rakaman video dashcam yang sedang tular di media sosial.

Sumber Gambar: Facebook YDLAA
Sumber Gambar: Facebook YDLAA
Sumber Gambar: Facebook YDLAA
Sumber Gambar: Facebook YDLAA

Orang ramai meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana orang awam yang menggunakan lampu strob pada kenderaan mereka kerana ia mengelirukan pengguna jalan raya lain serta boleh menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab berpeluang melakukan kegiatan jenayah dengan menyamar sebagai pihak berkuasa.

Netizen juga dilihat telah tag beberapa akaun rasmi pihak berkuasa pada hantaran asal video dashcam tersebut supaya dapat menahan dan segera mengenakan tindakan undang-undang kepada pemandu Mazda itu.

Pada masa yang sama, orang ramai meminta pihak berkuasa untuk segera memantau dan mengambil tindakan terhadap kedai aksesori serta akaun-akaun e-dagang di platform Shopee dan Lazada yang menawarkan jualan lampu strob ini.

Sebelum ini ada seorang ‘Instafamous’ telah menyalahgunakan lampu strob dan diburu oleh pihak polis. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

‘Instafamous’ Diburu Polis Gara-Gara Salah Guna Lampu Strob Untuk Elak Kesesakan Trafik

Polis Tahan Dua Pemuda Bertindak Sebagai Marshal Semasa Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi

Sumber