Tular sebuah video di Facebook yang menunjukkan penyanyi kelahiran Negeri Sembilan, Waris menyanyikan sebuah lagu rap berbahasa inggeris di salah sebuah majlis agama.

Apa yang menjadi perdebatan di Facebook adalah apabila persembahan Waris itu mendapat reaksi yang kurang senang daripada seorang lelaki yang dipercayai ustaz.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Di dalam video yang dimuat naik oleh Mael YY Pang, salah seorang ustaz tersebut kelihatan menunduk sambil memegang kepalanya. Manakala sebahagian yang lain pula hanya memandang Waris dengan reaksi yang kurang senang.

Video berdurasi beberapa saat itu telah mendapat perhatian warganet. Sejak dimuat naik beberapa jam yang lalu, ia telah ditonton sebanyak 50,000 kali dan mendapat lebih 400 komen.

“Salah majlis ni mat. Geleng kepala ustaz-ustaz ni,” kata salah seorang pengguna Facebook.

“Buat hal. Memang betul-betul menguji kesabaran. Semoga dibukakan pintu hidayah buatnya,” kata netizen.

“Orang agama alim ulamak, bakal ulamak tengah sabar je. Adoi lagu. Kita orang biasa ni dengar pun serabut perut.”

“Mananye majlis ni. Adoi. Tak kena dengan situasi la. Mananye penganjur ni.”

Imam besar Al Azhar tolak cadangan gabungkan Islam, Kristian, Yahudi jadi satu agama Ibrahim. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Imam Besar Al Azhar Tolak Cadangan Gabungkan Islam, Kristian, Yahudi Jadi Satu Agama Ibrahim

Ajaran ‘Agama Melayu Ibu Yati’ Kini Disiasat Pihak Berkuasa Selepas Didakwa Sesat

Anak Perempuan Bekas Presiden Indonesia Tukar Agama Dari Islam Ke Hindu